awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
Pemimpin dunia kutuk sekeras-kerasnya serangan bom di masjid Islamabad
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nelayan Vietnam salur maklumat bantu penceroboh - Maritim Terengganu

Astro Awani
Astro Awani
22/11/2021
22:37 MYT
Nelayan Vietnam salur maklumat bantu penceroboh - Maritim Terengganu
Aktiviti nelayan warga asing itu dibongkar hasil penahanan dua bot nelayan Vietnam dalam operasi pada Ahad. - Foto Astro AWANI
KEMAMAN: Nelayan Vietnam yang bekerja dengan bot tempatan dipercayai menyalurkan maklumat bagi memudahkan nelayan senegara menceroboh perairan dan merompak hasil laut negara ini.
Kegiatan itu dikesan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu selepas memintas alat perhubungan radio bot terbabit.
Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abd Rashid berkata, aktiviti terbabit dibongkar hasil penahanan dua bot nelayan Vietnam dalam operasi pada Ahad.
Operasi dinamakan Ops Kuda Laut dan Ops Khas Naga Barat itu, dijalankan kira-kira jam 9 pagi, pada jarak 65 batu nautika dari Kuala Kemaman.
"Aktiviti mereka terbongkar hasil risikan dan pintasan komunikasi antara bot nelayan asing Vietnam dan juga bot tempatan yang menggunakan kru Vietnam.
"Mereka berhubung menggunakan radio.. kita pintas dan kita cuba analisis maklumat yang diterima.. kita akan lebih berfokus selepas ini dalam melaksanakan pengoperasian," kata Rashidilhadi.
Dua bot berkenaan ditahan ketika menangkap ikan secara haram menggunakan pukat tunda ganding.
Hasil rampasan termasuk 500 kilogram ikan pelbagai jenis. - Foto Astro AWANI
Hasil rampasan termasuk 500 kilogram ikan pelbagai jenis. - Foto Astro AWANI
"Apabila kita menghampiri, mereka seolah-olah akur untuk bekerjasama, memberhentikan bot mereka.
"Tetapi, apabila kapal maritim yang telah menghampiri mereka cuba untuk merapat, mereka tiba-tiba melarikan diri dan cuba untuk merempuh bahagian hadapan kapal maritim.
"Bagaimanapun, hasil daripada kecekapan pegawai dan anggota, kita berjaya juga menahan kedua-dua bot tersebut selepas kejar buru lebih kurang lima batu nautika, kira-kira 30 minit selepas itu.
"Dan kita menggunakan teknik 'force boarding' memaksa mereka memberhentikan bot," kata Rashidilhadi lagi.
Hasil rampasan termasuk 500 kilogram ikan pelbagai jenis dan 2,000 liter minyak diesel serta alat tangkapan dianggarkan bernilai RM3 juta.
Sebanyak 25 nelayan Vietnam berusia antara 18 dan 50 tahun, termasuk dua tekong, akan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) dan 8(a) Akta Perikanan 1985.
Topic Berkaitan
#nelayan vietnam
#ceroboh perairan
#Maritim Terengganu
#hasil laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan