INTREND
Nelydia Senrose Cantik Tanpa Botoks


Adakah Nelly seorang yang cerewet dan prihatin tentang kecantikan diri?
Sebenarnya, Nelly seorang yang sangat simple. Nelly sukakan sesuatu yang ringkas tetapi tidaklah sampai mengabaikan penjagaan asas. Mungkin kerana sudah biasa bersolek apabila bekerja, membuatkan Nelly pilih kecantikan semula jadi untuk hari-hari biasa.
Pernah punya masalah berat badan?
Paling berat yang Nelly pernah miliki ialah 58kg! Waktu tu mulalah risau. Untuk kurangkan berat badan itu, Nelly elakkan pengambilan nasi. Nelly pastikan bersarapan dan makan tengah hari hanyalah dengan energ y bar, milo atau apa sahaja makanan lain yang ringkas tapi mengenyangkan. Paling penting, jangan makan selepas jam lapan.
Perlukah menjadi selebriti tampil cantik sepanjang masa?
Perlu mungkin kerana kita public figure. Serba-salah juga kadang-kadang. Kalau tidak bersiap nanti, orang mengata pula, lain dalam gambar, lain di luar. Apa pun, terpulang pada diri sendiri. Ia tidaklah wajib tetapi perlu untuk menjaga imej diri. Macam Nelly sendiri, apabila sudah puas bersiap ketika bekerja, ada masanya ingin kembali natural dan ringkas sahaja.
Adakah 20 tahun lagi, Nelly berasakan perlunya rawatan kecantikan sokongan seperti botoks atau suntikan yang semakin galak dilakukan wanita hari ini?
Rasanya tidaklah. Nelly sukakan kecantikan yang semula jadi. Mungkin, waktu itu nanti Nelly lipat gandakan usaha yang lebih dalam penjagaan diri. Kalau untuk penjagaan luaran seperti sapuan krim itu mungkin Nelly titik beratkan di masa akan datang. Lagi pula, Nelly takut jarum!
Definisi cantik pada mata Nelly sendiri?
Apabila seseorang itu tampil yakin dan tahu menjaga diri. Ia gabungan lengkap untuk menyerlahkan kecantikan sebenar.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami