awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di enam negeri hingga malam ini
Kompleks sukan akan dibina di Sungai Petani - Dr Mohammed Taufiq
Syarikat telco diminta segera pulihkan gangguan perkhidmatan selular di Pulau Tioman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nestle buka stesen transit kuarantin COVID-19

Bernama
Bernama
04/03/2021
04:54 MYT
Nestle buka stesen transit kuarantin COVID-19
Stesen itu memulakan operasinya hari ini dan akan dibuka selama dua bulan dan Nestle akan sentiasa memantau dan menilai keperluan untuk melanjutkan tempoh operasi dari semasa ke semasa. - Bernama
SHAH ALAM: Nestle Malaysia Bhd hari ini melancarkan Stesen Transit Kuarantin Nestle di Hotel Pegasus di sini bagi menyokong usaha Kementerian Kesihatan dalam mengendalikan kontak rapat pesakit yang memerlukan kuarantin kendiri.
Ketua Pegawai Eksekutif Nestle Malaysia Juan Aranols berkata kos stesen transit itu akan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat pengeluar makanan dan minuman itu yang akan memberi tumpuan kepada golongan B40 dan golongan berpendapatan rendah yang tidak berupaya atau tidak mempunyai kemudahan sesuai untuk menjalani kuarantin di rumah.
"Stesen itu akan menyediakan penginapan percuma serta makanan yang enak dan berkhasiat disediakan oleh Chef Maggi kami. Semestinya, prosedur operasi standard (SOP) akan dipatuhi setiap masa," katanya kepada pemberita pada pelancaran stesen transit kuarantin itu di sini hari ini.
Beliau berkata, stesen itu memulakan operasinya hari ini dan akan dibuka selama dua bulan dan Nestle akan sentiasa memantau dan menilai keperluan untuk melanjutkan tempoh operasi dari semasa ke semasa.
Sementara itu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari yang turut hadir pada pelancaran itu berkata kerajaan negeri mengalu-alukan kerjasama swasta dan awam dalam usaha menangani jangkitan COVID-19 di Selangor.
"Ini adalah kerjasama yang pertama terjalin antara kerajaan negeri Selangor dengan pihak swasta bagi membuka pusat transit kuarantin COVID-19 di negeri ini," katanya.
Beliau berkata Stesen Transit Kuarantin Nestle akan menumpukan perkhidmatannya kepada kontak rapat pesakit COVID-19 yang berada di kawasan tengah dan utara negeri itu manakala satu lagi pusat transit di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) akan memberi tumpuan kepada mereka yang berada di bahagian selatan.
"Mereka akan ditempatkan di pusat transit tersebut dan sekiranya didapati positif barulah akan dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang atau ke hospital," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nestle Malaysia
#Nestle
#stesen transit kuarantin
#kuarantin
#Kementerian Kesihatan
#pesakit
#kuarantin kendiri
#pandemik
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan