KUALA LUMPUR: Nestle Malaysia menyumbang 4,000 kotak bantuan makanan asas kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Juan Aranols memberitahu, pihaknya komited untuk menyokong sekali gus menghulurkan bantuan menerusi pelbagai program terutama kepada mereka yang terkesan akibat banjir ketika ini.

"Hari ini merupakan hari yang sangat penting. Selepas beberapa tahun, kami menghulurkan bantuan kepada masyarakat yang terjejas akibat banjir terutamanya di Pahang, Terengganu, Kelantan.

"Sudah tentu kami bangga kerana dapat bekerjasama dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia. Hari ini kami menjadi sukarelawan bersama rakan PBSMM menyusun 4,000 pek bantuan banjir segera ke pusat penempatan sementara dan juga kepada ahli keluarga terkesan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada ketika ditemui di lokasi pembungkusan kotak bantuan makanan bertempat di ibu pejabat PBSMM, di sini, pada Rabu.

kerjasama terbaharu ini menjadikan nilai keseluruhan sumbangan kepada PBSMM berjumlah RM3.5 juta pada 2023 meliputi sumbangan kewangan dan barangan.

kerjasama terbaharu ini menjadikan nilai keseluruhan sumbangan kepada PBSMM berjumlah RM3.5 juta pada 2023 meliputi sumbangan kewangan dan barangan.

Dalam pada itu, Aranols memaklumkan, seramai 150 sukarelawan Nestle Cares dan ahli PBSMM berkumpul untuk mengisi kotak bantuan makanan yang akan diagihkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan perumahan terjejas di seluruh pantai timur.

Tambahnya, kerjasama terbaharu ini menjadikan nilai keseluruhan sumbangan kepada PBSMM berjumlah RM3.5 juta pada 2023 meliputi sumbangan kewangan dan barangan.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah (PHSMM), Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah menzahirkan rasa syukur atas kerjasama dan sokongan Nestle Malaysia dalam membantu mangsa banjir di pantai timur.

"Bulan Sabit Merah Malaysia dan Nestle sudah bergabung menjalankan program kemanusiaan ini memasuki tahun ketiga. Terutama semasa banjir dan sebelum banjir dan juga dari segi barangan makanan seperti yang kita lihat hari ini.

"Jadi barangan ini akan disalurkan ke pejabat bulan sabit merah Malaysia di negeri-negeri yang terkesan dengan banjir kilat dan sebagainya dan akan diedarkan oleh sukarelawan kita dan kita akan salurkan ke pusat penempatan sementara atau rumah rumah," katanya.