awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NETR serlah komitmen Malaysia terhadap perubahan iklim - AmCham

Astro Awani
Astro Awani
28/07/2023
15:19 MYT
NETR serlah komitmen Malaysia terhadap perubahan iklim - AmCham
AmCham menjelaskan, rangka kerja dasar dan perbincangan secara holistik harus diadakan bagi memastikan Malaysia dapat mengekalkan matlamat NETR. - Gambar fail/AmCham
KUALA LUMPUR: Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR) akan menyerlahkan komitmen Malaysia terhadap perubahan iklim, di samping hala tuju jelas kepada cara baharu dan mampan dalam menjalankan perniagaan.
Dewan Perniagaan Amerika-Malaysia (AmCham) dalam satu kenyataan pada Jumaat menjelaskan, rangka kerja dasar dan perbincangan secara holistik harus diadakan bagi memastikan Malaysia dapat mengekalkan matlamat NETR, sekali gus meraih faedah ekonomi dan alam sekitar.
"Kerajaan telah menetapkan matlamat utama untuk meningkatkan kapasiti tenaga boleh diperbaharui negara (RE) daripada 40 peratus pada 2035 kepada 70 peratus menjelang 2050, ini adalah satu kedudukan yang dialu-alukan memandangkan komitmen Malaysia untuk mencapai net zero menjelang 2050.
"Kami percaya bahawa usaha sedemikian yang digariskan di bawah NETR akan memerlukan kerjasama antara sektor awam dan swasta, iaitu dalam mendapatkan teknologi untuk peralihan tenaga dan ekosistem dasar dengan insentif yang tepat untuk menggalakkan penggunaan RE.
"Kami menantikan pembangunan rangka kerja dasar skim Carbon Capture, Utilization & Storage (CCUS). Garis besar NETR untuk sumbangan awam dan swasta kepada CCUS adalah menggalakkan dan ia harus dipuji sebagai langkah pertama yang progresif dalam memastikan kedudukan Malaysia sebagai pemain utama CCUS di rantau ini," jelas kenyataan itu.
Jelas kenyataan itu lagi, memacu masa depan yang lebih baik dan mampan untuk Malaysia mesti disusun berdasarkan teknologi dan inovasi utama peralihan tenaga, rangka kerja dasar yang kukuh dan kerjasama terbuka merentasi pelbagai pihak berkepentingan.
Topic Berkaitan
#tenaga
#ekonomi
#perubahan iklim
#Dewan Perniagaan Malaysia Amerika
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan