awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa rasmi pemegang saham majoriti syarikat teknologi gaya hidup TheNoor
Pokok tumbang: ETS laluan Sungkai-Slim River kembali beroperasi guna satu landasan - KTMB
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nexus 6 mula tarik minat pengguna Twitter

Adli Effendy
Adli Effendy
16/10/2014
08:16 MYT
Nexus 6 mula tarik minat pengguna Twitter
Nexus 6, Nexus 9 & Nexus Player lengkap dengan Android 5.0 Lollipop
Trending hari ini di platform media sosial Twitter apabila Google melancarkan barisan terbaru produk-produk peranti Android Nexus, termasuklah telefon pintar Nexus 6 dengan skrin 5.9 inci, Nexus 9 tablet sebesar 9 inci dan Nexus Player iaitu sebuah pemain media yang menyiarkan kandungan TV dan permainan video. Nexus 6 dilengkapi dengan sistem operasi terbaru keluaran Google yang diberi nama Android 5.0 Lollipop. Sistem operasi itu menjanjikan pengalaman skrin yang pelbagai termasuk pada antaramuka telefon pintar, tablet dan juga TV. Android 5.0 Lollipop dikatakan mampu menjimatkan bateri dan memanjangkan jangka hayat bateri sehingga 90 minit.
Pengguna Twitter tempatan telah mula memberikan reaksi mereka tentang produk terbaru keluaran Google ini terutamanya peranti Nexus 6.
Lawa jgk nexus 6 ni. Kalau kena dgn harga, aku rasa boleh angkat satu ni.
— Zafran Adib (@AdibZafran13) October 16, 2014
Smartphone Android Lollipop Pertama di Dunia, Google Nexus 6 http://t.co/OCFQax912n
— Fajar (@EverbodyHandsUp) October 16, 2014
Portal Amanz pada kemaskini artikel terbaru mereka turut membuat perbandingan diantara Nexus 6, Galaxy Note 4 & iPhone 6 Plus.
Perbandingan Nexus 6, Galaxy Note 4 Dan iPhone 6 Plus http://t.co/Z4siXCXeaj pic.twitter.com/WtkfFv2trb
— Amanz (@amanz) October 16, 2014
Tempahan awal untuk peranti Nexus 6 akan bermula pada 29 Oktober ini manakala bagi Nexus 9 & Nexus Player akan bermula lebih awal iaitu pada 17 Oktober. Ketiga-tiga produk terbaru Nexus ini akan mula dijual di kedai-kedai telekomunikasi bermula awal November 2014. Bagi anda yang ingin melihat dengan lebih dekat & memahami spesifikasi produk terbaru Google ini, anda boleh layari ke http://www.google.com/nexus/6/
Topic Berkaitan
#Google
#Lollipop
#nexus
#nexus 6
#nexus 9
#nexus player
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan