awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nga Kor Ming terima nota ugutan

Sinar Harian
Sinar Harian
07/03/2024
07:06 MYT
Nga Kor Ming terima nota ugutan
Kor Ming (kiri). Nota ugutan ditemui di hadapan rumah keluarga Kor Ming di Ayer Tawar (kanan).
MANJUNG: Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menerima nota ugutan daripada individu tidak dikenali di sini pada Khamis.
Ugutan tertulis 'Nga Kor Ming (Jangan cabar Islam)' itu ditemui di hadapan rumah keluarga pemimpin DAP berkenaan di Ayer Tawar di sini sekitar jam 7.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, laporan kejadian berkenaan diterima daripada ibu mangsa berusia 76 tahun semasa wanita itu keluar dari rumah.
Menurutnya, didapati banyak kertas bertaburan di hadapan rumah mengandungi tulisan yang tertera perkataan dipercayai mempunyai niat tidak baik.
"Usaha mengesan individu terlibat sedang dilakukan. Punca kejadian masih belum diketahui setakat ini," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.
Beliau berkata, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana menakutkan secara jenayah melalui suatu komunikasi tanpa nama.
Katanya, orang ramai diminta agar tidak membuat sebarang spekulasi akan kejadian itu kerana dikhuatiri boleh menjejaskan siasatan.
"Mereka yang mempunyai sebarang maklumat boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Fariq Nazmi Mohd Mustafa di talian 013-3317099 bagi membantu siasatan," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Nga Kor Ming
#nota ugutan
#Perak
#cabar Islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan