awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nga minta MPKB-BRI tarik balik kompaun terhadap peniaga wanita

Bernama
Bernama
27/06/2023
07:38 MYT
Nga minta MPKB-BRI tarik balik kompaun terhadap peniaga wanita
Nga berkata mana-mana penguatkuasaan undang-undang harus berpaksikan kepada semangat Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak dan kebebasan rakyat berbilang kaum. - Gambar fail/BERNAMA
CYBERJAYA: Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming meminta Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) untuk menarik balik kompaun yang dikeluarkan terhadap seorang peniaga wanita bukan Islam di Jalan Merbau selepas didapati memakai seluar pendek.
Beliau berkata mana-mana penguatkuasaan undang-undang harus berpaksikan kepada semangat Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak dan kebebasan rakyat berbilang kaum.
"Saya minta semua pihak berkuasa tempatan (PBT) ambil iktibar supaya jangan terlalu ghairah atau mengeluarkan saman, sekurang-kurangnya bincang, tegur dan didik dahulu," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek Aspire Residence di sini hari ini.
Semalam, Yang Dipertua MPKB-BRI Rosnazli Amin dilaporkan berkata kompaun dikeluarkan terhadap peniaga wanita tersebut mengikut Seksyen 34(2)(b) Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPKB-BRI) 2019.
Beliau berkata pemegang lesen perlu memastikan dirinya dan pekerja berpakaian sopan, bersih selain kemas sepanjang menjalankan aktiviti tred, perniagaan atau perindustrian.
Katanya seksyen itu juga menegaskan bahawa individu yang bukan beragama Islam perlu memastikan dirinya dan pekerja bukan Islam memakai pakaian sopan dan sekiranya pekerja beragama Islam hendaklah memakai pakaian menutup aurat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#peniaga wanita Cina
#berpakaian tidak sopan
#Nga Kor Ming
#Majlis Perbandaran Kota Bharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan