awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NGO akan teruskan usaha bantu gelandangan

Astro Awani
Astro Awani
11/08/2014
00:29 MYT
NGO akan teruskan usaha bantu gelandangan
Niza Haniz (kiri) dan Mimi Liana (kanan) akan teruskan usaha membantu golongan gelandangan.
Wakil-wakil NGO menyambut baik keputusan Menteri Wilayah dan Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk menarik semula larangan memberi makanan kepada gelandangan.
Pengasas bersama Need To Feed The Need, Mimi Liana Shahmi berkata pihaknya akan meneruskan usaha memberi bantuan kepada golongan tersebut.
"Kami tidak akan berhenti. Kami akan teruskan selagi mendapat sokongan pihak berkuasa, kerajaan dan orang awam yang banyak membantu," kata Mimi Liana ketika ditemu bual Buletin Awani 745.
Turut hadir Niza Haniz Mustaffa yang mengendalikan Projek KASEH4U.
"Dengan sekatan atau tidak, kami tetap meneruskan aktiviti kami,” katanya lagi.
Sementara itu, kebanyakan mereka yang ditemui merasakan keputusan yang dibuat itu sebagai tepat kerana tiada salahnya bagi mana-mana pihak membantu mereka yang memerlukan bantuan.
Statistik menunjukkan terdapat lebih 13 ribu gelandangan di sekitar ibu negara menerima bantuan makanan daripada individu juga pihak NGO setiap bulan.
Topic Berkaitan
#Dapur Jalanan
#gelandangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan