JAKARTA: Artis ternama Indonesia, Nia Ramadhani mengaku bersalah dan memohon maaf di atas kes penyalahgunaan dadah yang sedang dihadapinya bersama suami, Ardi Bakrie.
"Saya Nia Ramadhani Bakrie mengakui bahawa apa yang saya lakukan tidak menjadi contoh yang terpuji
"Sebagai manusia saya sedar seharusnya, saya memberikan contoh yang baik bagi anak-anak saya dan orang-orang di sekitar," katanya sambil menangis dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Jakarta seperti dilaporkan portal berita CNN Indonesia.
Dalam masa sama, Nia berharap seluruh kaum keluarga terutama anaknya akan membuka pintu kemaafan buatnya.
“Mohon izinkan saya dengan segala kerendahan hati untuk mengucapkan permintaan maaf sebesar-besarnya kepada seluruh pihak terkait," ujar Nia, 31.
Permohonan maaf itu, tegas artis yang mula menempa kemasyhuran menerusi drama bersiri Bawang Putih Bawang Merah itu ditujukan khusus buat semua yang selama ini mempercayainya.
Dalam masa sama, Nia berkata, sebagai warganegara yang bertanggungjawab, dia juga sedia mengikuti proses undang-undang yang sedang berjalan ketika ini.
Nia dan suaminya, Ardi yang juga akan kepada tokoh korporat dan ahli politik ternama, Aburizal Bakrie pada Rabu lalu ditahan polis selepas didakwa terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
Semasa ditahan, polis turut menyita bahan bukti berupa dadah jenis syabu yang diakui pasangan itu milik mereka.
Nia dan Ardi yang memiliki tiga cahaya mata juga mengakui, mereka mula menghisap dadah sejak lima bulan lalu.
Sehubungan itu, kedua-dua mereka telah diarahkan menjalani proses rehabilitasi.
Sementara itu, bapa mertua Nia, Aburizal dalam kenyataan rasmi menegaskan, peristiwa tangkapan ke atas anak lelaki dan menantunya itu sebagai dugaan terbesar buat keluarganya.
Jurucakap Aburizal, Lalu Mara Satriawangsa berkata, ahli perniagaan itu menerima dugaan itu dengan sabar dan tabah selain menerima dengan penuh terbuka terhadap apa yang berlaku serta mengharapkan segala proses akan selesai dengan cepat.
Astro Awani
Sun Jul 11 2021
Nia Ramadhani dan suaminya, Ardi Bakrie mengaku mula menghisap dadah sejak lima bulan lalu. - Gambar Instagram
Deklarasi Sidang Kemuncak Ukraine di Switzerland dapat sokongan luas
Sidang Kemuncak Ukraine dihadiri 90 negara, menyokong deklarasi akhir mendesak keselamatan senjata nuklear, pembebasan tahanan awam, dan libat urus Rusia dalam rundingan.
Keamanan Ukraine makin hampir, tapi Putin tidak serius
Pesuruhjaya Eropah, Ursula von der Leyen, menyatakan keamanan semakin menghampiri Ukraine, namun Presiden Rusia, Vladimir Putin masih tidak serius menamatkan perang dan menetapkan syarat tidak masuk akal.
Presiden Ukraine desak China kemuka pelan damai secara terus
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, mendesak China kemukakan cadangan pelan damai secara terus, bukan melalui media, dan mengajak Moscow memulakan rundingan damai segera
Menteri Kabinet ucap Selamat Menyambut Aidiladha
Semoga Aidiladha kali ini membawa pemahaman dan penghayatan akan erti pengorbanan sebenar yang dilakukan Nabi Ibrahim a.s dalam membuktikan ketakwaan kepada Allah SWT.
Seorang lagi tentera Israel maut di selatan Gaza
Seorang lagi askar Israel terbunuh dalam pertempuran dengan Pejuang Hamas di selatan Gaza.
Netanyahu kecam pelan tentera sendiri
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengecam pelan yang diumumkan oleh tenteranya, pada Ahad.
Aidiladha di Gaza disambut dalam kesedihan
Hari Raya Aidiladha di Semenanjung Gaza disambut suram disebalik peperangan berlaku yang hampir memasuki bulan ke-8.
Lebih 50,000 perlukan rawatan segera
UNRWA menyatakan lebih 50,000 kanak-kanak Gaza memerlukan rawatan segera akibat kekurangan nutrisi akut. Sekatan akses kemanusiaan menyebabkan penduduk berdepan kebuluran mendesak.
Sempat berwukuf, jemaah kelapan Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci
Jemaah kelapan itu menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4.30 petang Ahad akibat serangan jantung.
Euro 2024: Ronaldo sedia berikan segalanya buat Portugal, kata Martinez
"Tiada pemain lain di dunia ini yang mampu membawa apa yang boleh dilakukan Ronaldo di bilik persalinan."
Nia Ramadhani, suami ucap salam lebaran, ada hikmah selepas ditangkap isu dadah
Begitu teruja kerana kini kembali bebas seperti masyarakat biasa, Nia berikrar untuk menjadi manusia yang lebih baik pada masa akan datang.
Aktres Nia Ramadhani menangis dijatuhi hukuman penjara setahun
Kes salah laku dadah yang melibatkan selebriti Nia Ramadhani bersama suaminya, Ardi Bakrie dan pemandu peribadi mereka berakhir dengan hukuman masuk penjara.
Nia Ramadhani mohon maaf, mengaku ketagih dadah bukan contoh terpuji
"Sebagai manusia saya sedar seharusnya, saya memberikan contoh yang baik bagi anak-anak saya dan orang-orang di sekitar." - Nia Ramadhani
Nia Ramadhani belanja RM142,000 setahun untuk persekolahan anak
Nia Ramadhani membelanjakan 500 juta rupiah (RM142,000) setahun sebagai biaya persekolahan anaknya, Mikhayla Zalindra Bakrie.
Tolak tawaran lakonan, Nia Ramadhani risau dihalau keluar rumah
Pelakon popular Indonesia, Nia Ramadhani mengakui terpaksa menolak beberapa tawaran lakonan kerana risau dihalau keluar rumah oleh suaminya, Ardie Bakrie.