awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nik Elin sah ahli Muafakat Nasional

Sinar Harian
Sinar Harian
11/02/2024
09:46 MYT
Nik Elin sah ahli Muafakat Nasional
Nik Elin menjelaskan, beliau dan anaknya mencabar 18 peruntukan itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kepentingan politik. - Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid mengesahkan beliau merupakan ahli Muafakat Nasional (MN) bagi menjawab segala dakwaan yang tular di media sosial baru-baru ini.
Nik Elin berkata, beliau menyertai MN selepas dijemput oleh presidennya sendiri, Tan Sri Annuar Musa.
“Presiden MN sendiri jemput saya dan apabila menyemak laman sesawang mereka, ia sangat bagus dalam menekankan perpaduan, kasih sayang, kebebasan dan keadilan yang saya percaya bermanfaat untuk negara.
“Saya memohon keahlian secara dalam talian dan diluluskan serta-merta,” katanya ketika menjadi tetamu dalam wawancara eksklusif podcast 'Beyond the Headlines' bersama New Straits Times pada Ahad.
Sebelum ini, Nik Elin, 62, dan anaknya, Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul Rahman, 26, menjadi bualan orang ramai apabila mengemukakan petisyen mencabar Perlembagaan berhubung peruntukan kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 pada 25 Mei 2022.
Pada Jumaat lalu, Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan 16 daripada 18 peruntukan dalam enakmen berkenaan adalah terbatal dan tidak sah.
Panel hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat memutuskan demikian selepas membenarkan Nik Elin Zurina dan Tengku Yasmin Nastasha selaku pempetisyen bagi mencabar 18 peruntukan enakmen tersebut.
Bagaimanapun, Nik Elin menjelaskan, beliau dan anaknya mencabar 18 peruntukan itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kepentingan politik.
"Kami tidak disokong oleh sesiapa, hanya kami berdua dan juga peguam," ujarnya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid
#ahli Muafakat Nasional
#dakwaan tular
#undang-undang syariah
#Annuar Musa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan