KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperkemas strategi dan mengukuhkan kerjasama dua hala dengan negara jiran, serta hubungan pelbagai hala di peringkat rantau ASEAN dalam menghadapi Monsun Barat Daya dan El Nino ini.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata bagi tujuan itu, beliau akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri Alam Sekitar ASEAN, iaitu Mesyuarat ke-24 Sub-Regional Ministerial Steering Committee (MSC) dan Mesyuarat Technical Working Group (TWG) mengenai Jerebu Merentas Sempadan pada 7 dan 8 Jun di Singapura.
"Mesyuarat itu bagi membincangkan tentang persediaan negara-negara MSC menghadapi cuaca panas dan kering serta kemungkinan fenomena El Nino," katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu beliau turut mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu dan Cuaca Kering Kebangsaan yang berlangsung di Putrajaya, hari ini yang antara lain membentangkan laporan terkini cuaca, kualiti udara, tindakan dan strategi bagi mencegah pembakaran terbuka serta jerebu setempat.
Nik Nazmi berkata turut dibincangkan tentang persediaan menghadapi kemungkinan berlakunya insiden jerebu merentas sempadan.
Beliau berkata dalam mesyuarat itu Jabatan Meteorologi Malaysia turut memaklumkan negara kini berada dalam fasa Monsun Barat Daya (MBD) yang dijangka berterusan sehingga September 2023, malah MBD 2023 dijangka lebih kering berbanding MBD tahun 2020 hingga 2022.
"Pada masa ini, keadaan El Nino-Southern Oscillation (ENSO) adalah neutral dan keadaan El Nino dijangka berlaku pada separuh tahun kedua 2023 dengan kebarangkalian 82 peratus.
"Berdasarkan situasi cuaca ini, jerebu tempatan dan jerebu merentas sempadan boleh berlaku sekiranya kebakaran terbuka tidak dikawal," katanya.
Dalam pada itu, Nik Nazmi berkata sebanyak 1,845 kes pembakaran terbuka telah direkodkan bagi tempoh 1 Jan hingga semalam dan terdapat lima kes kebakaran berskala besar dilaporkan baru-baru ini melibatkan hutan tanah gambut, tapak pelupusan sampah dan tapak pelupusan sampah haram.
"Pada masa ini, tiga kes kebakaran telah berjaya dipadamkan sepenuhnya dan semua jabatan, agensi dan kerajaan negeri terlibat telah diminta untuk mempertingkatkan tindakan pencegahan pembakaran untuk mengelak kejadian seumpama berulang.
"Dalam tempoh itu, JAS mengeluarkan 236 arahan lapangan/amaran, 45 kompaun, 68 notis arahan dan satu tindakan mahkamah, ke atas kesalahan melakukan pembakaran terbuka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 26 2023

Nik Nazmi berkata turut dibincangkan tentang persediaan menghadapi kemungkinan berlakunya insiden jerebu merentas sempadan. - Gambar fail

Kejayaan Malaysia dalam kes tuntutan Sulu tamatkan usaha rampas aset negara - Fahmi Fadzil
Kejayaan Malaysia dalam pertikaian undang-undang di Perancis berkaitan tuntutan kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu, mematikan segala usaha mereka untuk cuba merampas aset negara.

Calling centre judi: 20 individu ditahan - Polis
Polis menahan 20 individu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan calling centre perjudian dalam talian di sebuah premis sekitar Lembah Klang, semalam.

Jaga adab, akhlak ketika di jalan raya - Mohd Na'im
Pengguna jalan raya harus sentiasa mengamalkan adab yang baik dan jangan sesekali terlibat dalam pergaduhan.

APG 2023: Kontinjen negara cemerlang, melebihi pencapaian di Solo
Atlet negara sehingga kini merangkul 42 pingat emas, 35 perak dan 25 gangsa selepas berakhir hari kelima temasya dwitahunan hari ini.

Wanita rugi lebih RM132,000 terpedaya beli kereta terpakai tidak wujud melalui Facebook
Seorang wanita kerugian RM132,860 apabila terpedaya selepas mahu membeli kereta terpakai yang tidak wujud yang dijual di laman Facebook, 1 Jun lalu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 7 Jun 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Isu Pulau Pinang: Polis selesai ambil keterangan Sanusi - Bukit Aman
PDRM mengesahkan telah selesai mengambil keterangan daripada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung kenyataannya yang mendakwa Pulau Pinang adalah milik Kedah.

Gempa bumi lemah Semporna: Gegaran dirasai, tiada kejadian tidak diingini - Bomba
Penduduk yang tinggal di kawasan Semporna, Sabah malam ini merasai gegaran akibat kejadian gempa bumi lemah yang melanda kawasan itu.

Jepun rancang benarkan warga asing generasi keempat keturunan Jepun peroleh pemastautin tetap
Jepun sedang menimbang untuk menyemak semula peraturan imigresennya bagi membenarkan warga asing generasi keempat keturunan Jepun memperoleh taraf pemastautin tetap.

Negara dijangka alami El Nino lemah bermula bulan ini - Nik Nazmi
Negara dijangka mengalami fenomena El Nino lemah bermula bulan ini dan meningkat ke tahap sederhana pada November depan, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad

Nik Nazmi ketuai delegasi ke Singapura, bincang kesan El-Nino, jerebu
Kerajaan akan memperkemas strategi dan mengukuhkan kerjasama dua hala dengan negara jiran, serta hubungan pelbagai hala di peringkat rantau ASEAN dalam menghadapi Monsun Barat Daya dan El Nino ini.

NRECC komited selesai masalah air di Kelantan
NRECC bersedia melihat soal kewangan termasuk untuk pembinaan loji rawatan air serta penggantian paip bagi menyelesaikan isu air di Kelantan.

Nik Nazmi nafi pegawainya disiasat SPRM
Nik Nazmi Nik Ahmad menafikan dakwaan kononnya pegawai beliau telah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan kes rasuah.

NRECC perkukuh kerjasama dengan kerajaan negeri - Nik Nazmi
Komitmen kerajaan pusat dengan kerajaan negeri akan terus dipertingkatkan melalui beberapa inisiatif untuk kebajikan rakyat.

Keperluan operasi pembenihan awan bergantung permohonan kerajaan negeri
Keperluan operasi pembenihan awan bergantung kepada permohonan yang dilakukan oleh kerajaan negeri, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.

Larangan eksport tenaga boleh diperbaharui dimansuhkan - Rafizi
Keputusan untuk memansuhkan larangan itu dibuat secara bersama antara Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim

Kementerian siap siaga hadapi kemungkinan jerebu - Nik Nazmi
Antara yang sedang dilakukan adalah pemantauan di kawasan yang 'sensitif' seperti tanah gambut, kawasan yang mudah terbakar dan kawasan lain yang sering berlaku pembakaran terbuka.

13 tapak dipajak kepada konsesi lebuh raya, jana ekonomi tanah persekutuan
KKR memeterai Perjanjian Pajakan melibatkan 13 tapak komersial dan bukan komersial seliaan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) di kawasan lebuh raya bertol.

JMG kenal pasti 221 cerun kritikal perlu diberi perhatian
Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) mengenal pasti sejumlah 221 cerun kritikal yang perlu diberi perhatian khususnya ketika musim monsun melanda.