awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Reformasi sistem penjagaan warga emas perlu dipercepat - Nancy
FEM 2026: RESET langkah penting pemodenan sistem kesihatan negara
Penipuan kuota pekerja asing, lapan warga Bangladesh, seorang wanita Indonesia ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nikah dalam talian, perlu ikut garis panduan rukun nikah - Pejabat Mufti Sarawak

Astro Awani
Astro Awani
19/04/2020
12:10 MYT
Nikah dalam talian, perlu ikut garis panduan rukun nikah - Pejabat Mufti Sarawak
Dalam situasi ketika ini, masyarakat Islam seharusnya bersifat toleransi serta memahami situasi semasa.
Isu akad nikah secara dalam talian menimbulkan banyak persoalan sama ada ia boleh dilaksanakan atau sebaliknya.
Menurut Pengarah Jabatan Mufti Negeri Sarawak, Sahibul Fadhillah Mual Suaud dalam situasi ketika ini, masyarakat Islam seharusnya bersifat toleransi serta memahami situasi semasa.
“Sebenarnya negeri-negeri di Malaysia telah mengeluarkan fatwa tentang keharusannya dan JAKIM juga telah mengeluarkan garis panduan bagaimana ia dilaksanakan.
“Biasalah perkara yang jarang berlaku selalunya akan menimbulkan sedikit persoalan,” katanya ketika ditemui Astro AWANI di Kuching pada Ahad.
Jelasnya lagi, tidak timbul persoalan sekiranya ada upacara Walimatulurus dilangsungkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara dalam talian.
“Negara kita masih berada dalam tempoh PKP, maka kita perlu berlapang dada mendepani situasi ini,” tambahnya.
Sementara itu, bekas Mufti Negeri Perlis, Datuk Mursyid Di Raja Dr Juanda Jaya yang berkongsi pandangan sama berkata perkara paling utama adalah garis panduan diutamakan walau berdepan dengan situasi yang membataskan perancangan.
“Saya mendapati bahawa inisiatif Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) adalah suatu perkara yang membuktikan bahawa pelaksanaan ajaran agama Islam itu boleh selari dengan pelbagai situasi.
“Apa sahaja masalah yang menimpa permasalahan ummah Islam pada masa ini, yang penting adalah amalan keagamaan itu dapat dilaksanakan,” ujarnya.
Isu ini dibangkitkan selepas tular sebuah video majlis akad nikah melalui persidangan video yang dilaksanakan oleh JAWI baru-baru ini.
Ia merupakan upacara yang pertama seumpama itu di Malaysia susulan kekangan pergerakan akibat PKP yang mula berkuatkuasa 18 Mac lepas.
Topic Berkaitan
#akad nikah
#COVID-19
#Jabatan Mufti Negeri Sarawak
#JAKIM
#JAWI
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#Sahibul Fadhillah Mual Suaud
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan