NATIONAL
Nikah di Thailand: Reman pendaftar perkahwinan disambung 3 hari

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis. - Gambar hiasan
KANGAR: Tempoh reman terhadap tiga lelaki termasuk pendaftar perkahwinan di sebuah jabatan di Perlis yang berakhir hari ini, disambung tiga hari lagi untuk melengkapkan siasatan kes rasuah RM1.18 juta melibatkan urusan pendaftaran perkahwinan pasangan bernikah di Thailand.
Ringkasan AI
- Tempoh reman tiga lelaki termasuk pendaftar perkahwinan di Perlis disambung tiga hari lagi untuk siasatan kes rasuah RM1.18 juta melibatkan urusan pendaftaran perkahwinan pasangan di Thailand.
- Reman sehingga 12 Jun diberikan kepada pegawai jabatan kerajaan dan pemilik syarikat bersama bapanya yang dipercayai menerima wang rasuah untuk membolehkan pasangan mendaftar perkahwinan tanpa prosedur ditetapkan.
- Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis.
Laporan itu menyebut suspek pertama yang merupakan pendaftar perkahwinan dipercayai menerima wang rasuah RM1.18 juta daripada pemilik syarikat tersebut untuk membolehkan pasangan yang bernikah di Thailand mendaftar perkahwinan di jabatan agama di Perlis tanpa melalui prosedur ditetapkan.
Suspek pertama itu dipercayai berurusan dengan pemilik syarikat itu menerusi bapanya yang bertindak sebagai orang tengah dan dipercayai melakukan perbuatan itu dari 2022 hingga 2023.
Pengarah SPRM Perlis Mohd Nor Adha Ab Gani mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami