Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Ketegangan yang kembali memuncak di Semenanjung Gaza sejak beberapa hari lalu, menyaksikan kanak-kanak adalah antara mangsa kekejaman terbaru rejim Israel di bumi Palestin.
Berita yang dua daripada yang terbunuh terkena sasaran peluru berpandu rejim adalah kanak-kanak, menimbulkan kesedaran yang golongan inilah mangsa sebenar di tengah-tengah konflik.
Mereka tersepit dalam kancah peperangan dan hidup dalam ketakutan.
Hari ini wartawan Astro Awani berkesempatan bertemu dengan adik Mahmoud Samouni, seorang pelajar berumur 15 tahun dari Gaza.
Beliau hadir di studio Astro Awani untuk rakaman program Agenda Awani.
Hakikatnya kehidupan Mahmoud amat berbeza dengan kanak-kanak lain. Rutin harian dipenuhi dengan mendengar dentuman bom dan bunyi serangan roket.
Meskipun agak pendiam, Mahmoud berkata: “Inilah kami, kanak-kanak di Gaza sememangnya tidak begitu ceria, tiada banyak senyuman.”
Mahmoud datang dari keluarga Samouni dimana semasa Operasi pembunuhan ‘Cast Lead’ oleh tentera Zionis pada tahun 2008–2009 seramai 29 ahli keluarga beliau dibunuh termasuk bapanya.
Beliau yang bernasib baik kerana masih hidup kini tinggal bersama ibu dan 6 adik-beradik di Jalan Samouni, Gaza.
Pada hari tanpa ketegangan atau pertempuran, Mahmoud ke sekolah di waktu pagi.
Antara subjek kegemaran beliau adalah Bahasa Arab, Inggeris, Sains dan Grafik.
Selepas waktu sekolah, beliau sering bermain di luar atau menghabiskan masa dengan komputer.
“Saya bercita-cita untuk menjadi seorang doktor. Ini kerana saya tidak sanggup melihat apa yang berlaku dan apa yang saya nampak di depan mata, saya ingin membantu mereka yang memerlukan bantuan,” kata beliau.
Apa yang diinginkan oleh adik Mahmoud?
Jawabnya ringkas “Damai di bumi Gaza. Itu sahaja tidak lebih dan tidak kurang,”
Kehadiran Mahmoud di Studio Astro Awani ditemani aktivis hak asasi manusia Jenny Graham.
“Kanak-kanak di sana memang hidup di dalam ketakutan. Mereka akan bermain seperti kanak-kanak biasa namun hakikatnya perasaan takut masih ada.
“Jikalau anda menyuruh mereka melukis dan mewarna, mereka akan sentiasa menggunakan warna hitam atau kelabu. Mereka hidup dalam kegelapan dan tiada warna seperti kanak-kanak,” kata Jenny.
Untuk diskusi penuh tentang ketidakkeadilan di Gaza, saksikan Agenda Awani jam 10 malam ini dengan tetamu pasangan suami isteri Derek Graham dan Jenny Graham yang merupakan antara saksi ‘’KL War Crimes Commission Hearing on Palestine’ yang akan berlangsung minggu hadapan.
Untuk menghulurkan bantuan kepada mereka di Gaza, dana boleh disalurkan melalui ‘Gaza Emergency Relief Fund’ di akaun Maybank: 5641 0041 5711.
Anda juga boleh menyaksikan video yang dimuatnaik oleh Mahmoud melalui YouTube.
Ia hasil lukisan beliau yang mengisahkan apa yang berlaku ketika operasi kejam ‘Cast Lead’.
Syafique Shuib
Fri Nov 16 2012
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
MyDigital ID hanya kunci digital, tidak simpan data, tak perlu risau isu keselamatan
Sistem itu sudah dibangunkan sejak 2016 dan segala kajian, teknologi dan pembangunan dilaksanakan rakyat Malaysia, malah teknologi juga adalah teknologi tempatan.
Wajibkan penyediaan maklumat pelan utiliti lebih lengkap, faham risiko guna tanah - Pakar
Kerajaan perlu mewajibkan penyediaan maklumat pelan utiliti lebih lengkap untuk tujuan pembangunan.
IPMa buka peluang untuk pelajar teroka TVET seluas-luasnya - Asyraf Wajdi
Dengan 270 institusi TVET di bawah MARA, Asyraf berkata, bidang kemahiran yang diliputi bukan meluas, malah menepati kehendak industri.
Bumiputera berjaya bukan lagi terbatas kepada menjadi CEO - Yayasan Peneraju
Takrifan berjaya perlu ditakrifkan semula dengan memecahkan stigma bahawa kejayaan itu terbatas kepada menjadi Ketua Pegawai Eksekutif semata-mata.
Arboris tempatan terlalu sedikit daripada jumlah diperlukan - Pakar
Arboris tempatan yang ada ketika ini adalah jauh lebih rendah berbanding jumlah bakat yang diperlukan untuk memantau kesihatan pokok di bandar-bandar.
Satya Nadella kongsi visi Microsoft dalam pembangunan AI bersama Agenda AWANI
Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail berpeluang bertemu CEO Microsoft, Satya Nadella bagi memahami dengan lebih mendalam tentang agenda AI.
Waspada taktik Israel nafi operasi pengintipan di negara asing - Penganalisis
Malaysia perlu sentiasa berwaspada dengan taktik penafian yang digunakan Israel untuk menjalankan operasi pengintipan di negara asing.
Stoking tertera kalimah Allah: Masyarakat perlu waras, Islam larang ambil tindakan sendiri - KP IKIM
Masyarakat perlu berfikir secara waras dalam menanggapi isu stoking tertera kalimah Allah.
'Tidak ada cara lain atasi kos sara hidup melainkan gaji dinaikkan' - Penganalisis
Tidak ada cara lain untuk atasi kos sara hidup melainkan dengan menaikkan kadar gaji.
Ibu di Palestin terpaksa beri anak makan ‘wax’ demi kelangsungan hidup
Tanpa kerelaan, namun demi meneruskan kehidupan, ada ibu yang memberi anaknya makan wax, cecair yang biasanya digunakan untuk membuang bulu roma di badan.