Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menilai situasi semasa penularan pandemik COVID-19, sebelum memutuskan pembukaan sempadan Malaysia-Singapura bagi perjalanan harian.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, ia susulan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga Disember ini, yang membolehkan KKM menilai dan mendapatkan input-input penting daripada kedua-dua buah negara, termasuk kaedah mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 sebelum membuka sempadan.
"Lanjutan PKPP yang berlangsung selama empat bulan inilah waktu yang paling penting untuk kita. Bukan untuk cuba-cuba. Kita mesti mengikut data dan peraturan-peraturan yang boleh kita guna untuk sangkal sekiranya pembukaan tersebut dilaksanakan.
"Ini supaya tiada dakwaan kita tidak kawal sebaiknya, tiada dakwaan kita tidak mahu rakyat selamat. Kita tidak mahu ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Lego Mural bagi Menghargai Petugas Barisan Hadapan COVID-19 di Taman Tema Legoland, di sini hari ini.
Turut hadir, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri dan Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad.
BACA: COVID-19: Jumlah melonjak, 182 kes baharu dilaporkan hari ini
Dr Adham berkata, terdapat desakan supaya sempadan kedua-dua negara dibuka memandangkan ia berkaitan punca pendapatan dan ekonomi masyarakat yang terjejas, susulan penutupan pintu sempadan akibat COVID-19.
"Kita memang merancang untuk buka segera yang boleh, kerana tekanan daripada masyarakat yang menjurus kepada punca pendapatan, di mana ekonomi adalah penting tetapi kesihatan juga penting. Jadi kita kena seimbang," katanya.
Hasni juga sebelum ini beberapa kali mendesak kerajaan pusat untuk membuka semula sempadan Malaysia-Singapura dalam kadar segera.
Sementara itu KKM merancang untuk menggandakan jumlah ujian swab di bawah skim Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA) antara Singapura dan Malaysia.
Pada ketika ini, jumlah ujian swab yang dilakukan KKM untuk skim PCA adalah sebanyak 2,000 manakala 400 bagi RGL.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 11 2020

KKM akan menilai situasi semasa penularan pandemik COVID-19 sebelum memutuskan pembukaan sempadan Malaysia-Singapura bagi perjalanan harian. - Gambar fail/BERNAMA

Vaksin | KKM harap NPRA beri kelulusan dalam masa terdekat
Kementerian Kesihatan (KKM) berharap Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) akan memberikan kelulusan bersyarat dalam masa terdekat kepada empat lagi syarikat pengeluar vaksin. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata vaksin berkenaan Sinovac Life Sciences Co Ltd (Sinovac); CanSinoBIO; AstraZeneca; serta Sputnik V masih dalam penilaian NPRA, setakat ini.

COVID-19: Penularan di AS masih membimbangkan
Ketua Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat memaklumkan peningkatan jumlah kes sembuh COVID-19 baru-baru ini mungkin akan terhenti. Dr rochelle walensky menjelaskan, CDC kini masih meneliti data kes COVID-19 yang dilaporkan sejak tiga hari lalu.

SPM | Jadual peperiksaan sesi petang dilewatkan 15 minit
Jadual peperiksaan sesi petang bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 dipinda dari pukul 2 petang kepada 2.15 petang, berkuat kuasa 1 Mac depan.

Kes Bunuh Khashoggi | Putera Mahkota Arab Saudi arah pembunuhan
Pembunuhan Kolumnis Washington Post, Jamal Khashoggi pada 2018, diarahkan oleh Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman. Perkara itu didedahkan menerusi laporan risikan yang diterbitkan Amerika Syarikat.

AWANI Ringkas: Polis buru Bob Mah Sing | Malaysia capai imuniti kelompok dalam enam bulan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Putera Mohammed Salman arah Khashoggi dibunuh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Malaysia terima vaksin Sinovac hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pembunuhan Khashoggi: Arab Saudi dakwa laporan risikan AS palsu, tidak boleh diterima
Arab Saudi menolak sepenuhnya laporan risikan Amerika Syarikat pada Jumaat yang mendakwa Putera Mahkota Raja Arab, Raja Mohammed Salman mengarahkan pembunuhan Jamal Khashoggi.

AS dakwa pembunuhan Khashoggi dirancang Putera Mahkota Arab Saudi
Putera Mohammed Salman didakwa meluluskan rancangan untuk menangkap atau membunuh Khashoggi yang hidup dalam buangan di Amerika Syarikat.

Enam tunggang basikal lajak ditahan
Polis mengeluarkan saman dan merampas basikal berkenaan susulan penahanan pada pukul 3.00 petang itu.

Penduduk Hong Kong mula terima suntikan vaksin COVID-19
Penduduk Hong Kong mula menerima suntikan vaksin COVID-19 pada Jumaat dengan keutamaan diberikan kepada golongan warga emas dan petugas kesihatan.

COVID-19: NPRA tanya 300 soalan, pastikan vaksin selamat, berkualiti - Khairy
NPRA merupakan sebuah badan bebas yang tidak menerima arahan daripada orang politik, misalnya dalam isu mempercepatkan proses kelulusan vaksin.

COVID-19: Kes positif global lebih 113.25 juta, kematian 2.51 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini lebih 113.25 juta.

Kecurian vaksin COVID-19 di Tennessee disiasat
Pesuruhjaya Kesihatan Tennessee mendedahkan telah meminta penguatkuasa undang-undang persekutuan menyiasat dakwaan kecurian dos vaksin koronavirus di negeri yang paling ramai penduduk berkenaan.

Vaksin COVID-19: Tindakan tegas jika hasut, sebar maklumat palsu - Polis
Polis tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba menghasut rakyat supaya tidak mengambil vaksin COVID-19.

Tindakan segera warden berjaya halang penularan COVID-19 di asrama sekolah
Tindakan seorang warden asrama mengasingkan pelajar-pelajar bergejala, berjaya menghalang berlakunya penularan COVID-19, apabila mereka akhirnya disahkan positif.

KDN perkukuh kerjasama dengan KKMM cegah penularan berita palsu vaksin
Kerjasama itu adalah dalam menangani isu penyebaran berita palsu terutama berkaitan vaksin COVID-19.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Sesi persekolahan beberapa daerah di Sarawak ditangguhkan sehingga 14 Mac
Pembukaan sesi persekolahan beberapa daerah di Sarawak ditangguhkan selama dua minggu berkuatkuasa 1 hingga 14 Mac depan.