SUV Nissan X-Trail sekarang boleh dibeli lengkap dengan kit talaan Impul yang diperkenalkan Edaran Tan Chong Motor (ETCM). Kit daripada Impul ini merangkumi skirting sisi, spoiler hadapan dan belakang rekaan baharu, serta rim aloi Aura SX-50 bersaiz 18” bersama kemasan krom berwarna gangsa dan hitam berkilat.
Turut tersedia adalah gegelung spring khas yang merendahkan ketinggian SUV ini sebanyak 30mm, sekaligus memberi kualiti pemanduan yang lebih lincah. Penambahan visor pintu dan pemijak kaki tahan karat LED jelas melengkapkan lagi pakej tersebut.
Ada dua varian X-Trail Impul yang boleh dipilih pembeli – 2.5L 4WD Premium Impul berharga RM172,516.42; selain 2.0L 2WD Premium Impul pada harga RM149,715.05 (di atas jalan termasuk insurans di Semenanjung Malaysia).
Pembeli juga boleh membeli komponen-komponen daripada kit Impul ini secara berasingan:
Komponen | Harga |
Aerokit (spoiler hadapan, belakang dan skirting | RM5,300 |
Spring Impul | RM1,060 |
Aloi 18” Aura SX-50 18” (4 unit) | RM5,830 |
Tayar Continental MaxContact MC5 (4 biji) | RM2,756 |
Visor Pintu | RM424 |
Plat Pemijak Kaki LED | RM530 |
Jumlah | RM15,900 |