awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Noh Gadut anggap kemalangan sebagai ujian kecil

Sinar Harian
Sinar Harian
12/08/2018
12:41 MYT
Noh Gadut anggap kemalangan sebagai ujian kecil
Noh menganggap kejadian itu sebagai ketentuan ALLAH selain meminta tidak mahu membesarkan perkara tersebut. - Foto Sinar Harian
Keadaan Ahli Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Noh Gadut disahkan stabil dan dibenarkan keluar daripada hospital setelah terbabit dalam kemalangan jalan raya di Taman Nong Chik hari ini.
Perkara itu disahkan sendiri Noh yang memaklumkan telah disahkan doktor beliau tidak mengalami sebarang kecederaan memudaratkan.
Katanya, beliau menganggap kejadian itu sebagai ketentuan ALLAH selain meminta tidak mahu membesarkan perkara tersebut.
"Saya pergi ke hospital dibantu anak, lepas pemeriksaan semua doktor sahkan saya tiada apa-apa. Lepas itu saya terus dapatkan rawatan kira-kira satu setengah jam di bahagian pesakit luar.
"Syukur kepada ALLAH, saya selamat. Ini semua ujian kecil buat saya. Jangan dibesarkan cerita ini sebab tidak mahu rakan-rakan atau mereka yang mengenali saya risau, terutamanya isteri saya yang kini berada di Tanah Suci sekarang ini," katanya kepada Sinar Harian.
BACA: Mercedes jatuh gaung, Noh Gadut terlibat kemalangan
Menceritakan kembali kejadian yang dialaminya itu, Noh berkata, beliau datang dari Bandar Baru Uda untuk pulang ke rumah bagi mengambil telefon bimbitnya yang tertinggal.
Bagaimanapun, katanya, perkara yang tidak diingini itu tiba-tiba berlaku.
"Perkara itu berlaku dengan cepat. Kereta yang saya pandu tiba-tiba hilang kawalan lalu menjunam ke dalam lereng bukit di kawasan itu. Mujur tiada apa yang serius," katanya.
Katanya, dia tetap akan meneruskan rutin kerja hariannya seperti biasa.
"Selepas ini saya akan menghadiri Mesyuarat Tertinggi Persekutuan di Pejabat Mohor Diraja Malaysia untuk Pentauliahan Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Tertinggi Peringkat Kebangsaan," katanya.
Topic Berkaitan
#anak
#bekas mufti
#hilang
#kemalangan
#kereta
#Malaysia
#Noh Gadut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan