HMD, pembuat telefon jenama Nokia, bakal membawa model Nokia 8110 kembali ke pasaran, tidak lama lagi.

Model itu, yang juga dikenali sebagai banana phone, merupakan antara model telefon yang pernah menjadi dambaan ramai, selepas digunakan oleh watak Neo, lakonan Keanu Reeves dalam filem The Matrix.

Nokia 8110 akan menggunakan sistem perisian Smart Feature OS, bermakna pengguna tidak akan mendapat akses ke aplikasi Android yang terdapat di telefon pintar Android Nokia lain. Bagaimanapun, HMD sedang mencipta sebuah gedung aplikasi untuk peranti itu, yang akan turut membolehkan pengguna mengakses Facebook.

Antara ciri-ciri lain telefon ini ialah pemproses Qualcomm 205 Mobile Platform, 512MB RAM, 4GB penstoran, kamera 2 megapiksel dan sediaan bateri sehingga 25 hari.


Nokia 8110 akan mula dijual di Eropah pada Mei ini dengan harga 79 euros (RM390) , namun belum diketahui bila ia akan memasuki pasaran Asia.