awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Noktahkan mimpi ngeri ini dari berulang' - ADUN Paya Jaras

Sinar Harian
Sinar Harian
23/04/2025
07:15 MYT
'Noktahkan mimpi ngeri ini dari berulang' - ADUN Paya Jaras
Ab Halim (tengah) ketika meninjau kawasan terlibat. - Sinar Harian
KUALA SELANGOR: Insiden kolam takungan pecah kembali menghantui penduduk Taman Seri Alam, Saujana Utama, di sini apabila hujan lebat yang melanda menyebabkan benteng kolam pecah buat kali ketiga pada pagi Rabu.

Ringkasan AI
  • Benteng kolam takungan di Taman Seri Alam pecah buat kali ketiga, menyebabkan kerosakan harta benda dan kesan emosi mendalam kepada penduduk akibat hujan lebat.
  • ADUN Paya Jaras mendesak tindakan tegas daripada kerajaan Selangor, sama ada menutup atau mendalamkan kolam takungan untuk mengelakkan kejadian berulang.
  • Penduduk telah lama menyuarakan kebimbangan sejak insiden pertama pada 2015, namun masalah masih belum ditangani dengan penyelesaian menyeluruh, menyebabkan insiden terbaru menjadi bukti perlunya tindakan segera.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Datuk Dr Ab Halim Tamuri, beliau sendiri turun meninjau kawasan terlibat dan menyifatkan kejadian itu sebagai amat menyedihkan, lebih-lebih lagi apabila ia sudah berulang tanpa penyelesaian tuntas.
“Masalah ini bukan sahaja menjejaskan harta benda, malah turut memberi kesan emosi yang mendalam kepada penduduk terlibat,” katanya dalam satu kenyataan selepas meninjau kawasan berkeras pada Rabu.
Penduduk berhak untuk hidup dalam keadaan selamat dan tenang tanpa ancaman bencana yang boleh dielakkan. - Sinar Harian
Penduduk berhak untuk hidup dalam keadaan selamat dan tenang tanpa ancaman bencana yang boleh dielakkan. - Sinar Harian
Sehubungan itu beliau mendesak agar kerajaan Selangor mengambil langkah tegas sama ada menutup terus kolam takungan tersebut atau mendalamkannya demi mencegah bencana sama daripada terus berulang.
“Saya mohon pihak berwajib segera campur tangan bagi menoktahkan mimpi ngeri yang berulang buat rakyat di kawasan ini.
“Penduduk berhak untuk hidup dalam keadaan selamat dan tenang tanpa ancaman bencana yang boleh dielakkan,” tambahnya.
Kerajaan Selangor didesak mengambil langkah tegas bagi mencegah kejadian benteng kolam pecah terus berulang. - Sinar Harian
Kerajaan Selangor didesak mengambil langkah tegas bagi mencegah kejadian benteng kolam pecah terus berulang. - Sinar Harian
Sejak insiden pertama pada tahun 2015, penduduk Taman Seri Alam telah beberapa kali menzahirkan kebimbangan mereka terhadap struktur kolam yang didakwa tidak kukuh.
Kali kedua kolam itu pecah adalah pada Disember 2024, dengan limpahan air setinggi 0.3 meter yang menyebab pelbagai kerosakan dan trauma kepada penduduk.
Kini, insiden ketiga menjadi bukti nyata bahawa tindakan lebih tegas dan penyelesaian menyeluruh amat diperlukan dan bukan sekadar pembaikan sementara yang dilaksanakan secara berulang. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#benteng kolam pecah
#Saujana Utama
#ADUN Paya Jaras
#hujan lebat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan