awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nombor plat khas MALAYSIA 1 tertinggi dalam sejarah

Firdaus Azil
Firdaus Azil
24/08/2018
04:55 MYT
Nombor plat khas MALAYSIA 1 tertinggi dalam sejarah
Jumlah kutipan untuk keseluruhan siri MALAYSIA 1 9999, setakat hari ini ialah RM13,167,971.37, dan kesemua hasil kutipan ini akan dimasukkan ke dalam tabung hasil kerajaan. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Nombor plat khas MALAYSIA 1 mencatat sejarah sebagai nombor paling tinggi dibida, dengan nilai bidaan sebanyak RM1,111,111.00 oleh Aldi International Sdn Bhd, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook di Putrajaya, hari ini.
Beliau berkata, nombor lain yang mencatat kutipan tertinggi ialah MALAYSIA 8 oleh Project Concept Sdn Bhd (RM618,000), MALAYSIA 99 oleh 99 Speed Mart Sdn Bhd (RM501,500.00), dan MALAYSIA 2 juga oleh Aldi International Sdn Bhd (RM422,000.00).
“Jumlah kutipan untuk keseluruhan siri MALAYSIA 1 – 9999, setakat hari ini ialah RM13,167,971.37, dan kesemua hasil kutipan ini akan dimasukkan ke dalam tabung hasil kerajaan,” kata Loke.
Selain itu, Loke turut mengumumkan tiga nombor yang paling dibida, iaitu MALAYSIA 8055 seramai 49 orang, MALAYSIA 100 (31 orang), dan MALAYSIA 1957 (29 orang).
“It is one revenue stream for the government yang baik, yang mendatangkan hasil kerajaan yang cukup tinggi. Melihat kepada minat ini maybe every two months kita keluarkan nombor khas,” katanya lagi.
Sebelum ini, nombor plat khas satu digit yang paling tinggi pernah dibida ialah V 1, dengan nilai bidaan sebanyak RM989,000, dan MALAYSIA 1 merupakan kali pertama nilai bidaan melebihi RM1 juta.
Topic Berkaitan
#Anthony Loke
#Kementerian Pengangkutan
#MALAYSIA 1
#No Plat
#Putrajaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan