Pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang membenarkan pengoperasian semula hampir kesemua sektor ekonomi termasuk peruncitan mulai Isnin ini dijangka menyaksikan peningkatan berganda pengunjung ke premis-premis beli belah terutamanya menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Pusat beli-belah adalah antara sektor peruncitan yang memberi sumbangan kepada ekonomi negara, namun demikian, pembukaan semula premis berkenaan seharusnya diselaraskan dengan pematuhan langkah berjaga-jaga supaya keluk COVID-19 yang dilihat hampir rata tidak melonjak semula.

Bercakap pada forum Virtual Roundtable yang membincangkan persediaan mengenai pembukaan semula sektor peruncitan, Ketua Pegawai Operasi Pusat Beli-Belah Sunway, Kevin Tan berkongsi mengenai enam langkah yang dipraktikkan oleh pusat beli-belah itu, seperti berikut:

  1. Mempertingkatkan prosedur operasi standard (SOP) dan langkah keselamatan termasuk penjarakan sosial.
  2. Pelanggan perlu mematuhi garis panduan pusat beli-belah itu yang menetapkan nisbah 200 kaki persegi bagi setiap individu.
  3. Menghadkan aktiviti-aktiviti yang boleh menarik pengunjung dalam skala yang besar.
  4. Jika tidak dapat elak, pastikan jumlah pengunjung yang menyertai aktiviti itu dihadkan bagi memastikan aspek penjarakan sosial dipatuhi.
  5. Operasi nyahkuman dan pemeriksaan suhu badan dipertingkatkan termasuk di setiap pintu masuk dan kedai di dalam pusat beli-belah itu.
  6. Memulakan projek perintis waktu kerja fleksibel selama sebulan dan jika terbukti berkesan, waktu fleksibel itu akan dilanjutkan - peruncit boleh memilih sama ada untuk beroperasi selama lapan jam sehari berbanding 12 jam sebelum PKP.
  7. Menggalakkan urus niaga tanpa tunai
 Prosedur operasi standard (SOP) dan langkah keselamatan termasuk penjarakan sosial diberi penekanan.