awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Normal baharu solat Aidilfitri di Masjid Zahir

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
24/05/2020
04:39 MYT
Normal baharu solat Aidilfitri di Masjid Zahir
Hanya 12 jemaah menunaikan solat sunat Aidilfitri dengan penjarakan satu meter antara satu sama lain di Masjid Zahir, di sini, pada Ahad. -Astro AWANI
Hanya 12 jemaah menunaikan solat sunat Aidilfitri dengan penjarakan satu meter antara satu sama lain di Masjid Zahir, di sini, pada Ahad.
Menurut Timbalan Imam Besar Masjid Negeri Kedah, Khairul Firdaus Abu Bakar, ia sebagai tanda pematuhan terhadap arahan yang dikeluarkan kerajaan, khususnya mengenai tatacara solat berjemaah sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Tambahnya, dalam membendung penularan COVID-19, jemaah yang hadir juga diarahkan membawa sejadah masing-masing selain mematuhi beberapa Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan memakai pelitup muka dan menggunakan cecair pembasmi kuman.
Solat sunat Hari Raya Aidilfitri yang bermula jam 8.15 pagi hari ini diimamkan sendiri Khairul Firdaus selain turut dihadiri Imam Besar Masjid Zahir, Datuk Sheikh Roslan Abdul Halim.
Solat sunat Hari Raya Aidilfitri yang bermula jam 8.15 pagi hari ini diimamkan sendiri Khairul Firdaus selain turut dihadiri Imam Besar Masjid Zahir, Datuk Sheikh Roslan Abdul Halim.
"Sebagaimana yang diberi kebenaran daripada kerajaan dan diputuskan kerajaan negeri Kedah Darul Aman dengan limpah perkenan Sultan Kedah, maka kita boleh menunaikan solat Aidilfitri dan solat Jumaat seramai 12 orang.
"Kita bermula pada minggu lepas, dah mula solat Jumaat seramai 12 orang. Alhamdulillah, dengan limpah taufiq hidayah kita berjaya sempurnakan solat Aidilfitri kita untuk tahun ini," kata Khairul Firdaus.
Solat sunat Hari Raya Aidilfitri yang bermula jam 8.15 pagi hari ini diimamkan sendiri Khairul Firdaus selain turut dihadiri Imam Besar Masjid Zahir, Datuk Sheikh Roslan Abdul Halim.
Ini merupakan kali pertama Masjid Zahir yang merupakan masjid utama negeri Kedah menerima hanya 12 jemaah bagi solat berjemaah di negeri itu susulan pandemik COVID-19.
Isnin lalu, Mufti Kedah, Datuk Sheikh Fadzil Awang, menjelaskan hanya 12 orang dibenarkan menunaikan solat Jumaat dan solat sunat Hari Raya Aidilfitri di masjid di Kedah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Menurutnya, perkara itu diputuskan selepas mendapat perkenan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkuat kuasa Jumaat lalu.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Khairul Firdaus Abu Bakar
#koronavirus
#perintah kawalan pergerakan bersyarat
#PKPB
#Solat sunat Aidilfitri
#Sultan Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan