Kerajaan mahupun Parlimen Norway tidak pernah mengusulkan untuk mengenakan larangan ke atas minyak sawit, kata Menteri Perdagangan dan Perindustrian Norway, Torbjorn Roe Isaksen.
"Apabila berbincang khususnya mengenai minyak sawit, adalah menarik untuk mengetahui bagaimana kerajaan (Malaysia) dan sistem perniagaannya beroperasi dengan sistematik untuk membangunkan piawaian bagi kelestarian bagi mewujudkan nilai dan produk lebih baik secara mampan.
"Terdapat beberapa perbincangan di Malaysia akhir-akhir ini mengenai dasar Norway berhubung minyak sawit dan saya mahu nyatakan bahawa ia sangat mudah dan jelas.
"Tidak pernah ada sebarang usul sama ada daripada kerajaan Norway atau Parlimen Norway untuk melarang minyak sawit, tidak pernah ada usul itu," katanya pada sidang akhbar selepas melawat Ladang Barat Sime Darby di Pulau Carey di sini pada Isnin.
Isaksen dan delegasinya yang tiba di Malaysia hari ini membuat kunjungan hormat ke atas Menteri Industri Utama Teresa Kok sebelum dibawa melawat ladang dan kilang memproses sawit. Lawatan itu turut disertai Duta Besar Norway ke Malaysia, Gunn Jorid Roset.
Isaksen berkata lawatan tersebut memberikan pelbagai perkongsian maklumat antara kedua-dua pihak mengenai perladangan sawit dan kepentingannya kepada ekonomi Malaysia selain usaha kerajaan menghasilkan industri sawit yang mampan.
Sementara itu Kok berkata kunjungan hormat Isaksen akan mengeratkan lagi hubungan perdagangan antara kedua-dua negara khususnya berkaitan industri sawit.
"Saya gembira dengan lawatan delegasi dari Norway dan berharap ia mampu menjadi contoh kepada negara Eropah lain untuk turut bekerjasama dengan Malaysia bagi membantu membangunkan pekebun kecil kelapa sawit dengan memenuhi syarat memelihara alam sekitar," katanya.
Dalam pada itu, Kok berkata kunjungan hormat Isaksen turut membawa surat balas daripada Perdana Menteri Norway Erna Solberg sebagai maklum balas kepada surat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini untuk menjelaskan pendirian Malaysia berhubung undi oleh Parlimen Norway mengenai minyak sawit.
Ditanya sama ada kandungan surat itu memberikan maklum balas positif, Kok berkata," Saya belum membacanya. Biar perdana menteri (Tun Dr Mahathir) yang baca."
Sementara itu, Kok berkata jumlah nilai import minyak dan produk berasaskan kelapa sawit oleh Norway juga meningkat kepada RM4.83 juta tahun lepas berbanding RM2.14 juta pada 2017.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 25 2019
Menteri Perdagangan Dan Industri Norway, Thorbjorn Roe Isaksen (tengah) melawat ladang kelapa sawit Sime Darby Plantation di Pulau Carey pada Isnin. - Foto BERNAMA
TNB perkenal sistem FARA bagi mengurus risiko banjir
TNB perkenal sistem FARA untuk urus risiko banjir, pastikan keselamatan aset dan pengguna.
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
OIC nyatakan kebimbangan larangan Afghanistan berhubung pendidikan perubatan wanita
Pihak berkuasa de facto Afghanistan melarang wanita daripada mengikuti kursus kejururawatan dan perbidanan.
TikTok didaftar di Nepal
Aplikasi video pendek popular TikTok didaftarkan di Nepal, dua bulan selepas kerajaan menarik balik larangan berbulan-bulan terhadap aplikasi itu, kata seorang pegawai kerajaan pada Rabu.
Pelajar Korea Selatan dilarang dengar lagu APT Bruno Mars, Rose Blackpink
Hanya dalam tempoh satu minggu dipasarkan, video klip lagu APT telah ditonton lebih 187 juta kali di YouTube.
Rusia larang penerbangan malam ke Israel selama seminggu
Sebab larangan ini tidak diberikan, walaupun ada kaitan yang jelas dengan serangan udara yang ditakuti oleh Iran ke atas Israel.
P.Pinang larang aktiviti berkuda di pesisir pantai Batu Ferringhi
Kerajaan Pulau Pinang memutuskan melarang sebarang perkhidmatan aktiviti berkuda ditawarkan di sepanjang pesisir pantai Batu Ferringhi, bermula 1 Sept ini.
Olimpik Paris 2024: Rusia kritik larangan atlet berhijab dalam upacara pembukaan
Larangan yang dikenakan terhadap pelari pecut Perancis, Sounkamba Sylla disifatkan sebagai tindakan pengasingan yang ketara.
Kemboja nasihatkan orang ramai tidak makan ikan buntal selepas 7 orang jatuh sakit
Kesemua mereka mengalami gejala yang teruk selepas memakan ikan buntal dan memerlukan rawatan kecemasan.
PM Pakistan larang penggunaan karpet merah dalam acara rasmi
Larangan penggunaan permaidani merah dalam acara rasmi merupakan satu langkah kecil ke arah mengurangkan perbelanjaan di peringkat kerajaan.
Pelancong diminta jauhi Shibuya, Jepun semasa sambutan Halloween
Tragedi rempuhan seperti yang membunuh kira-kira 160 orang semasa Halloween tahun lalu di Itaewon, Seoul dikhuatiri boleh berlaku di Shibuya.
Iraq tarik balik larangan akses kepada Telegram
Larangan itu ditarik balik atas arahan Perdana Menteri Mohammad Shiya al-Sudani.