awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Nothing to hide" - Tun M jawab isu pajakan tanah di Langkawi

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
30/11/2021
09:42 MYT
"Nothing to hide" - Tun M jawab isu pajakan tanah di Langkawi
Meskipun Dr Mahathir tidak menyebut sebarang nama dalam tulisannya namun entri itu dipercayai ditujukan kepada Najib memandangkan beliau yang membangkitkan isu tersebut sebelum ini.
KUALA LUMPUR: Pertelagahan dua bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Tun Razak saban minggu memasuki episod baharu apabila kedua-dua pemimpin itu dilihat saling berbalas kenyataan.
Minggu lepas, Najib mendakwa Dr Mahathir ‘membayar’ kerajaan untuk mendapatkan tanah tepi pantai seluas 24 hektar (34 ekar) di Langkawi untuk tempoh 60 tahun dengan harga pajakan RM3,200 setahun.
Hari ini, Dr Mahathir pula membalas, mengakui beliau pajak tanah tersebut namun menegaskan, pajakan dengan bayaran bukanlah hadiah, malah beliau tidak mendapat tanah itu secara percuma selain tiada diskaun ditawarkan.
“Tidak ada yang saya dapat percuma sebagai hadiah dari kerajaan Persekutuan atau negeri. Sebaliknya, kos sewaan dinaikkan berkali ganda sehingga saya serah balik kepada LADA (Lembaga Pembangunan Langkawi), Langkawi.
BACA: Hartanah RM100 juta: Tun M tempelak Najib, persoal sumbangan
“Bermacam usaha saya lakukan, ternak kerbau, buat keju, tanam sayuran. Ada yang berjaya, ada yang tidak.
“Yang tidak “economically viable” apabila sewa dinaikkan oleh LADA, saya kembalikan pajakan pada pihak berkuasa,” katanya menerusi tulisan di blognya pada Selasa.
Dalam entri terbaharunya itu, beliau turut menegaskan kesediaannya untuk disiasat sekiranya pihak berkuasa mendapati wujudnya salah laku dalam dakwaan Ahli Parlimen Pekan itu.
“Macam-macam tuduhan yang dibuat tentang “salah laku” saya. Kalau benar dakwa lah. Kalau bersalah hukumlah. Malahan masa saya mula buka mulut pasal 1MDB berbagai usaha nak tuduh saya buat salah dilakukan kepimpinan masa itu.
“Bila gagal sampai tukang masak saya pun dilucut jawatan. Isteri saya pun turut disoal siasat. LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) pula siasat anak-anak saya.
BACA: Pajakan tanah Tun M di Langkawi tamat pada 2018 - MB Kedah
“Alhamdulillah, cukai semua dibayar ikut undang-undang dan tak timbul hutang cukai sampai berbilion. Jadi tak perlu minta pelepasan pasport untuk ke luar negara,” ujarnya.
Meskipun beliau tidak menyebut sebarang nama dalam tulisannya namun entri itu dipercayai ditujukan kepada Najib memandangkan beliau yang membangkitkan isu tersebut sebelum ini.
“Saya ingat buat masa ini saya tak perlu lah jelaskan apa-apa. Kalau pihak berkuasa terbabit nak jelas tentang pajakan-pajakan saya, sila lah.
“Tidak ada apa-apa yang nak saya sembunyi pun. Nothing to Hide,” tulisnya mengakhiri entri yang bertajuk “Antara Pajak dan Percuma”.
Topic Berkaitan
#pajakan tanah Langkawi
#Tun Dr Mahathir Mohamad
#Datuk Seri Najib Razak
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan