KUALA LUMPUR: Nilai kompaun bagi kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM10,000 mulai hari ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.
Beliau berkata, langkah itu berikutan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 yang diwartakan mulai 12.01 tengah malam tadi.
Beliau berkata, keputusan menaikkan nilai kompaun itu bagaimanapun bukan untuk menghukum orang ramai secara berlebih-lebihan atau membolehkan kerajaan mengutip wang daripada orang ramai.
"Tetapi ia semata-mata untuk sedarkan orang ramai bahawa virus ini masih berada di mana-mana sekiranya kita lupa.
"Jika PKP dikenakan sejak sebulan lepas tak dipatuhi maka pada bila-bila masa keadaan boleh berubah kepada keadaan jauh lebih buruk (jumlah kes positif) daripada sebelum ini," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Bernama
Thu Mar 11 2021
Keputusan menaikkan nilai kompaun itu bagaimanapun bukan untuk menghukum orang ramai, sebaliknya, untuk sedarkan orang ramai bahawa virus ini masih berada di mana-mana sekiranya kita lupa, kata Tan Sri Abdul Hamid Bador.
PM Anwar tiba di Riyadh untuk hadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Anwar tiba di Riyadh dalam rangka lawatan tiga hari bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).
Jemputan peribadi ke Mesyuarat Khas WEF bukti keakraban Putera Mahkota Mohammed, PM
Ini merupakan lawatan keempat Anwar ke Arab Saudi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Lebih RM1.2 juta kompaun kesalahan merokok dikeluarkan pada November
KKM mengeluarkan sebanyak 5,041 kompaun bernilai RM1.25 juta sepanjang November lepas atas kesalahan merokok.
Kadar kompaun kembali RM1,000 selepas Ordinan Darurat tamat - TPM
Semasa pelaksanaan Ordinan Darurat, nilai maksimum kompaun yang dikenakan ialah RM50,000.
Notis kompaun pelanggaran SOP PKP kini RM10,000 - Ketua Polis Negara
Keputusan menaikkan nilai kompaun itu semata-mata untuk sedarkan orang ramai bahawa virus ini masih berada di mana-mana sekiranya kita lupa.
150 notis dikeluarkan ke atas perokok di Selangor sejak Rabu
Sebanyak 150 notis kesalahan dengan nilai kompaun berjumlah RM30,750 dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) terhadap perokok dalam operasi penguatkuasaan larangan merokok yang dijalankan