awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Notis pengisytiharan harta kepada SPRM untuk siasatan terhadap bapa - Mirzan dan Mokhzani

Bernama
Bernama
18/09/2024
14:04 MYT
Notis pengisytiharan harta kepada SPRM untuk siasatan terhadap bapa - Mirzan dan Mokhzani
Mirzan (kanan) dan Mokhzani (kiri) memaklumkan notis pengisytiharan harta mereka kepada SPRM adalah bagi siasatan yang sedang dijalankan terhadap Dr Mahathir. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Dua anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Mirzan dan Tan Sri Mokhzani berkata mereka bukan subjek dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan Kertas Pandora serta Kertas Panama.
Menerusi kenyataan bersama hari ini, Mirzan dan Mokhzani memaklumkan notis pengisytiharan harta mereka kepada SPRM adalah bagi siasatan yang sedang dijalankan terhadap Dr Mahathir.
"Ia tidak berkaitan dengan sebarang pendedahan dalam Kertas Pandora dan Kertas Panama.
"Seperti yang dinyatakan oleh (Ketua Pesuruhjaya SPRM) Tan Sri Azam Baki dalam sidang media hari ini, kami sedaya upaya memberikan kerjasama yang baik kepada SPRM untuk memastikan penyelesaian yang positif dapat dicapai," menurut kenyataan itu.
Terdahulu, Azam mengesahkan bahawa kedua-dua beradik sudah mengisytiharkan aset masing-masing dalam tempoh ditetapkan dan SPRM kini berhubung serta berkomunikasi dengan peguam mereka untuk mendapatkan maklumat tambahan dan penjelasan membabitkan pengisytiharan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#notis pengisytiharan harta
#SPRM
#Mirzan Mahathir
#Mokhzani Mahathir
#Mahathir Mohamad
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan