KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di Johor, Pahang, Terengganu, Sarawak dan Perak berisiko mengalami banjir kilat dalam tempoh 24 jam jika berlaku hujan lebat atau ribut petir yang signifikan, menurut Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
Notis PRABN yang dikeluarkan 5 petang tadi memaklumkan dua daerah dan kawasan sekitarnya yang terlibat di Johor ialah Kota Tinggi (Sedili Besar) dan Mersing (Triang), manakala di Pahang melibatkan daerah Kuantan (Sungai Karang) dan Rompin (Endau dan Rompin).
Di Terengganu juga melibatkan dua daerah dan kawasan sekitarnya iaitu Kuala Terengganu (Batu Buruk, Chendering dan Kuala Terengganu) serta Marang (Bukit Payung, Pulau Kerengga dan Rusila) manakala di Sarawak melibatkan daerah Mukah (Pekan Matu).
Sementara itu, di Perak enam daerah dan kawasan sekitar yang dijangka terjejas ialah Hilir Perak (Changkat Jong dan Durian Sebatang); Kerian (Bagan Serai, Kuala Kurau dan Parit Buntar); Larut, Matang dan Selama (Bukit Gantang, Sungai Limau, Pengkalan Aor dan Jebong); Bagan Datuk (Pekan Simpang Empat); Kampar (Kampar) dan Perak Tengah (Bota, Layang-Layang, Pasir Salak dan Pasir Panjang Hulu).
Notis kesiapsiagaan itu dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutama di kawasan berisiko berwaspada dengan kemungkinan berlaku banjir kilat dalam tempoh tersebut.
"Sila patuhi arahan pihak berkuasa atau agensi-agensi pengurusan bencana banjir. Sila layari laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my atau Facebook @PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir untuk maklumat lanjut dari semasa ke semasa," menurut notis itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 15 2022

Notis kesiapsiagaan itu dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutama di kawasan berisiko berwaspada dengan kemungkinan berlaku banjir kilat dalam tempoh tersebut. - Gambar hiasan

UNRWA beri amaran situasi kritikal di Gaza akibat sekatan Israel
UNRWA memaklumkan pihaknya kini mengendalikan 115 pusat perlindungan di seluruh Gaza, yang menempatkan lebih 90,000 pelarian.

Google didapati bersalah amal monopoli perniagaan iklan
Ini adalah kali kedua Google didapati bersalah melakukan monopoli di Amerika Syarikat, selepas kes monopoli perniagaan carian pada Ogos tahun lalu.

AS hadkan anggota tentera di Syria kepada kurang 1,000 - Pentagon
Penyusunan semula itu mencerminkan langkah ketara yang telah dicapai AS dalam melemahkan keupayaan operasi kumpulan pengganas Daesh/ISIS.

KazanForum 2025: Malaysia sedia main peranan strategik seiring perkembangan koridor utara-selatan
Malaysia dan negara-neara Selatan Global dapat manfaat daripada transformasi perdagangan yang dibawa ITC Utara-Selatan merentasi Eurasia.

Messi buka mulut soal Piala Dunia 2026 - 'Tunggu dan lihat'
Walaupun belum muktamad, kapten Argentina berusia 37 tahun itu tidak menolak kemungkinan untuk kembali beraksi di pentas dunia.

Majlis Media Malaysia disaran wujud pasukan khas pantau kesilapan - Pakar
Inisiatif itu akan memperkukuh profesionalisme dan ketekalan landskap media negara.

Saintis kesan kewujudan hidupan di planet selain bumi
JWST mengesan molekul dimetil sulfida (DMS) dan dimetil disulfida (DMDS) di atmosfera K2-18b, yang dihasilkan oleh bakteria dan plankton di bumi.

148 maut dalam kemalangan bot di sungai DR Congo
Angka kematian akibat insiden bot terbakar di Republik Demokratik Congo awal minggu ini meningkat kepada 148 orang.

Gambar tular Ustaz Zen: Momen tenang, khusyuk berdoa di sisi jenazah Tun Abdullah
Ustaz Zen berdiri tenang dan berdoa berhampiran keranda yang dilitupi Jalur Gemilang.

Isu Palestin satukan rakyat Malaysia, Parlimen tekad terus jadi suara lantang - Johari Abdul
Parlimen Malaysia akan terus menjadi suara lantang di peringkat antarabangsa dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang dizalimi.

Amaran banjir dikeluarkan selepas siklon tropika landa barat laut Australia
Siklon Tropika Zelia melintasi pantai Australia Barat berhampiran pekan De Grey sebagai ribut kategori empat sejurus selepas tengah hari waktu tempatan pada Jumaat.

Amaran banjir ketika hujan berterusan di seluruh UK
Puluhan amaran banjir dikeluarkan di seluruh England dan Wales ketika hujan dan angin terus melanda negara itu.

Amaran banjir dikeluarkan di timur laut Australia
Pihak berkuasa mengeluarkan amaran "Watch and Act" untuk komuniti di sepanjang Jandowae Creek dan kawasan South Burnett.

Persiapan MTL: Sistem pintasan kecemasan menerusi telefon pintar diteliti - Fahmi
Sistem amaran banjir terutamanya bagi menghadapi MTL akan ditambah baik dengan sistem pintasan kecemasan bagi memberi amaran menerusi pesanan tetingkap timbul (pop-up alert).

Ambil tahu isyarat amaran banjir, bunyi berbeza dengan polis, bomba - Dr Ching Thoo
Orang ramai perlu cakna dan ambil tahu bunyi siren amaran banjir sebagai langkah kesiapsagaan sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

Perkhidmatan kereta api terjejas, ratusan amaran banjir dikeluarkan selepas ribut landa UK
Lebih 300 amaran banjir turut dikeluarkan di seluruh England dan Wales pada pagi Rabu manakala 10,000 rumah masih terputus bekalan elektrik.

Amaran banjir di Terengganu, Pahang bermula 24 hingga 26 Dis
JPS mengeluarkan amaran banjir diramal berlaku secara berperingkat di beberapa kawasan rendah berhampiran sungai di Terengganu dan Pahang bermula 24 hingga 26 Dis ini.

Amaran kemungkinan banjir di Tanah Merah, Pasir Mas pagi esok
JPS mengeluarkan amaran kemungkinan banjir di dua jajahan di Kelantan iaitu di Tanah Merah dan Pasir Mas bermula awal pagi esok.

Amaran banjir kilat di Kuala Lumpur, lima negeri
Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat di lima negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Notis risiko banjir kilat di lima negeri dalam tempoh 24 jam
Beberapa kawasan di Johor, Pahang, Terengganu, Sarawak dan Perak berisiko mengalami banjir kilat dalam tempoh 24 jam jika berlaku hujan lebat atau ribut petir yang signifikan.