PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) akan mendapatkan laporan lengkap berhubung kejadian banjir kilat di Zoo Negara pada 18 Okt lepas bagi mengelakkan insiden berulang, kata Menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad.
"Kita akan dapatkan maklumat lanjut untuk tengok apa punca dan bagaimana cara terbaik untuk mengatasi masalah tersebut," katanya dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Persidangan Kepelbagaian Biologi Kebangsaan dan Pelancaran Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan (DKBK) 2022-2030 di sini hari ini.
Media melaporkan seramai 50 pengunjung terperangkap semasa kejadian banjir kilat melanda Zoo Negara, namun mereka diselamatkan oleh petugas zoo dengan menaiki lori dan traktor.
Timbalan Presiden Zoo Negara Rosly @ Rahmat Ahmad Lana dilaporkan berkata Zoo Negara menanggung kerugian lebih RM300,000 ekoran kejadian banjir kilat itu.
Rosly berkata punca air naik di kawasan Zoo Negara dipercayai akibat limpahan dari Sungai Kemensah yang tidak dapat menampung walaupun sungai tersebut sudah diperbesarkan.
NIK NAZMI-ZOO NEGARA 2 (AKHIR) PUTRAJAYA
Dalam perkembangan lain, Nik Nazmi berkata kerajaan akan mengkaji penggubalan Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (THA) bagi mengatasi isu jerebu yang dihadapi negara hampir setiap tahun.
Beliau berkata kementerian kini sedang meneliti sama ada pelaksanaan akta tersebut "berbaloi atau tidak" memandangkan terdapat beberapa kekangan termasuk dari segi pendakwaan.
"Berdasarkan undang-undang sama yang dikuatkuasakan di Singapura (Transboundary Haze Pollution Act 2014), republik itu mengesahkan ada beberapa syarikat sudah dibawa untuk disiasat namun agak mencabar untuk mensabitkan hukuman ke atas syarikat itu.
"Itu yang kami dapat setakat ini. Itu yang kita rasa kita perlu lihat dengan teliti. Kalau betul-betul ada (penggubalan THA), kita nak benda itu bermanfaat dan berkesan untuk melindungi rakyat Malaysia," katanya.
Pada 12 Okt lepas di Dewan Rakyat, Nik Nazmi berkata kerajaan akan terus mengkaji penggubalan THA yang disifatkan memiliki beberapa kekangan buat masa ini.
Pada Mei lepas, Nik Nazmi dilaporkan berkata kerajaan perlu melihat kebolehlaksanaan akta tersebut dengan mempertimbangkan hubungan diplomatik (dengan negara luar) dan langkah pencegahan pencemaran alam sekitar.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 24 2023
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad melawat tapak pameran selepas melancarkan Persidangan Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. - Foto BERNAMA
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Kerajaan Malaysia lancar prospektus tenaga lestari di COP28
Menteri NRECC Nik Nazmi Nik Ahmad berkata keperluan mendesak untuk Malaysia beralih kepada tenaga mampan didorong oleh komitmen global.
Kerajaan belanja AS$3 juta geran GCF untuk pelan adaptasi kebangsaan mengenai perubahan iklim -- Nik Nazmi
Kerajaan akan membelanjakan AS$3 juta (AS$1=RM4.66) dalam bentuk geran daripada Dana Iklim Hijau (GCF) untuk membangunkan Pelan Adaptasi Kebangsaan (NAP) mengenai perubahan iklim.
Malaysia pertimbang mekanisme RFI untuk kurangkan karbon arang batu
Malaysia sedang mempertimbangkan secara aktif mekanisme permintaan maklumat (RFI) untuk pengurangan karbon arang batu.
Aktiviti guna tanah mungkin punca banjir puing di Bukit Tinggi
NRECC memaklumkan aktiviti guna tanah itu menjadi penyumbang kepada kadar hakisan tanah yang tinggi.
Kerajaan agih RM100 juta laksana kerja kecemasan luar jangka hadapi banjir
Kerja-kerja kecemasan itu merangkumi skop memulihkan sistem saliran dan perparitan, jalan dan jambatan serta memulihkan struktur kawalan banjir.
NRECC tubuh jawatankuasa kaji isu jerebu rentas sempadan
NRECC akan menubuhkan satu jawatankuasa bagi mengkaji isu berkaitan jerebu rentas sempadan termasuk penggubalan Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (THA).
Sistem e-Tanah diperluas ke Selangor
Antara kelebihan Sistem e-Tanah adalah penggunaan teknologi sesawang yang boleh diakses tanpa sempadan masa dan tempat.
31 kawasan 'hotspot' tanah runtuh dikenal pasti di seluruh negara - JMG
Datuk Zamri Ramli, pihaknya telah melaksanakan pemantauan terhadap 254 cerun kritikal di seluruh negara.
Malaysia minat bangun projek perintis mitigasi banjir dengan Belanda
Malaysia berhasrat untuk memperluaskan kerjasama dengan Belanda khususnya membangunkan projek perintis yang boleh dilaksanakan dalam bidang mitigasi dan agenda ketahanan iklim.
Kerajaan Persekutuan cadang henti pembayaran EFT jika pengubahsuaian KSAS di Kelantan diteruskan
NRECC bercadang menghentikan pembayaran EFT kepada Kelantan sekiranya cadangan pengubahsuaian garis panduan KSAS di negeri itu diteruskan, kata Menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad.