awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NRECC komited selesai masalah air di Kelantan

Bernama
Bernama
24/05/2023
23:20 MYT
NRECC komited selesai masalah air di Kelantan
NRECC juga akan mengadakan perbincangan susulan dengan Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi untuk mencari penyelesaian terbaik bersama. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) bersedia melihat soal kewangan termasuk untuk pembinaan loji rawatan air serta penggantian paip bagi menyelesaikan isu air di Kelantan.
Menteri berkenaan Nik Nazmi Nik Ahmad berkata ia susulan pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini yang secara terbuka menyatakan komitmen kerajaan pusat untuk menyelesaikan isu itu.
"NRECC juga akan mengadakan perbincangan susulan dengan Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi untuk mencari penyelesaian terbaik bersama," menurutnya dalam kenyataan pada Rabu.
Kenyataan itu susulan pertemuan beliau dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti Kelantan Datuk Azami Mohd Nor serta pengurusan tertinggi Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) semalam.
Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembetungan) NRECC Dr Ching Thoo Kim, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Datuk Ahmad Faizal Abdul Rahman serta pegawai kementerian.
Menurut Nik Nazmi, antara isu dibincangkan ketika pertemuan itu ialah berkaitan pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) Machang yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah Rolling Plan Ketiga (RP3) Rancangan Malaysia Ke-12 dan cadangan pembangunan infrastruktur bekalan air bagi TAPS yang akan dibina.
"Perkara berkaitan pelaksanaan program pengurangan Air Tidak Berhasil (NRW) melalui penggantian paip-paip usang dan hapus kira pinjaman projek bekalan air luar bandar selari dengan Perjanjian Penstrukturan Industri Perkhidmatan Air Negeri Kelantan juga turut dibincangkan.
"Turut disentuh adalah berhubung perizaban tanah loji pembetungan kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) dan hapus kira baki pinjaman projek pembetungan kepada geran," katanya.
Dalam pertemuan itu, beliau turut mengingatkan kerajaan negeri bahawa tanpa usaha membaiki tatakelola AKSB, permasalahan air tidak akan selesai dan oleh yang demikian, AKSB harus memperbetul tadbir urus mereka agar ia memberi manfaat kepada rakyat Kelantan.
Pada 11 Mei lepas, Nik Nazmi pernah mendedahkan bahawa kaedah tadbir urus AKSB menjadi faktor utama masalah air di Kelantan tidak selesai sehingga kini selain disebabkan soal peruntukan dan perkara itu diakui serta dimaklumkan oleh bekas Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#NRECC
#masalah air di Kelantan
#Nik Nazmi Nik Ahmad
#penggantian paip
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan