awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NRES perkukuh penguatkuasaan banteras penyeludupan hidupan liar di KLIA

Bernama
Bernama
11/03/2025
04:15 MYT
NRES perkukuh penguatkuasaan banteras penyeludupan hidupan liar di KLIA
Nik Nazmi berkata Malaysia telah dijadikan negara transit bagi penyeludupan hidupan liar yang bernilai tinggi seperti gading gajah, tanduk badak sumbu dan reptilia eksotik. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) akan mengambil langkah proaktif bagi membanteras perdagangan hidupan liar, termasuk melipatgandakan aspek penguatkuasaan di pintu masuk negara, kata Menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau berkata antara usaha untuk mengurus dan melindungi hidupan liar termasuk merancang, menyelaras dan memantau pengurusan penguatkuasaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi memastikan pemeriksaan, pengawalan import, eksport dan eksport semula mematuhi peraturan.
"Turut dijalankan pemeriksaan rutin konsainan dan operasi penguatkuasaan hidupan liar di Zon Perdagangan Bebas KLIA (LTA KL) bagi memastikan urusan import, eksport atau eksport semula konsainan hidupan liar mematuhi Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dan Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 (Akta 686)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata Malaysia telah dijadikan negara transit bagi penyeludupan hidupan liar yang bernilai tinggi seperti gading gajah, tanduk badak sumbu dan reptilia eksotik.
Nik Nazmi berkata data rampasan hidupan liar oleh pihak berkuasa India bagi penerbangan dari KLIA Terminal 1 (T1) dan Terminal 2 (T2) menunjukkan sebanyak lapan kes direkodkan pada 2023 dan 12 kes pada 2024.
Terdahulu pada 7 Mac, Nik Nazmi mengadakan lawatan kerja ke KLIA T2 bagi meninjau aktiviti penguatkuasaan perdagangan hidupan liar dan dibawa melihat simulasi operasi pengesanan hidupan liar oleh anjing pengesan Perhilitan.
Selain itu, beliau turut menerima taklimat daripada Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengenai sistem saringan bagasi di KLIA T2.
Nik Nazmi berkata Perhilitan juga mempunyai unit K9 yang turut dikerah tugas ke seluruh Semenanjung jika diperlukan.
"Usaha berterusan yang dilaksanakan turut merangkumi penguatkuasaan secara kolaborasi bersama pelbagai agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan lain-lain dalam Operasi Bersepadu Khazanah (OBK)," katanya.
OBK yang bermula pada September 2019, masih diteruskan sehingga kini dengan penjadualan operasi di kawasan hotspot jenayah hidupan liar termasuk pintu-pintu sempadan negara seperti KLIA dan lain-lain pintu sempadan darat, udara dan pelabuhan.
Nik Nazmi berkata KLIA merupakan antara pintu masuk utama negara yang berisiko tinggi terhadap aktiviti penyeludupan hidupan liar, justeru peranan serta kerjasama agensi penguatkuasaan dan MAHB amat diperlukan dalam memastikan aktiviti itu dibanteras secara berkesan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam
#Perhilitan
#perdagangan hidupan liar
#Nik Nazmi
#KLIA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan