LENGGONG: Kementerian Alam Sekitar dan Kelestarian Alam (NRES) akan mengadakan pertemuan dengan tiga kementerian dua minggu lagi bagi membincangkan mengenai pembangunan kerangka model perniagaan unsur nadir bumi (REE) negara.
Menteri Alam Sekitar dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berkata tiga kementerian terlibat ialah Kementerian Ekonomi, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
Beliau berkata pertemuan itu bagi membincangkan spektrum keseluruhan model perniagaan REE termasuk cadangan penubuhan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk meneroka dan mengawal selia industri berkenaan.
"Seperti saya katakan kerajaan memang sedang melihat perkara ini. Jadi, dalam pertemuan itu nanti kita akan lihat perkara daripada huluan ke hiliran model perniagaan REE mengikut kerangka Perlembagaan sedia ada," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pemasyhuran Lenggong Geopark dan Perasmian Galeri Lenggong Geopark di sini hari ini.
Majlis pemasyhuran dan perasmian itu disempurnakan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.
Dalam pada itu, menyentuh mengenai geopark, NRES melalui Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) sedang bekerjasama erat dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk mewujudkan Lesen Geoguide bagi kawasan Geopark di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).
"Sejumlah 229 geoguide atau jurupandu di semua geopark kebangsaan telah berjaya lulus dalam kursus Eco-Host anjuran MOTAC dan JMG iaitu satu daripada prasyarat dalam mewujudkan lesen geoguide.
"Di Lenggong Geopark sendiri sebanyak 23 geoguide berjaya lulus dalam kursus berkenaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 09 2024
Nik Nazmi berkata pertemuan itu bagi membincangkan spektrum keseluruhan model perniagaan REE termasuk cadangan penubuhan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk meneroka dan mengawal selia industri berkenaan. - Gambar fail/Bernama
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
NRES, tiga kementerian bincang pembangunan kerangka REE dua minggu lagi
Kementerian Alam Sekitar dan Kelestarian Alam akan mengadakan pertemuan dengan tiga kementerian dua minggu lagi bagi membincangkan mengenai pembangunan kerangka model perniagaan REE.