KLANG: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) akan memperluas skop kerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memperkasakan aktiviti penguatkuasaan untuk membendung kegiatan pemprosesan sisa buangan elektrik dan elektronik (e-waste) secara haram.
Menteri berkenaan Nik Nazmi Nik Ahmad berkata perkara itu akan dibawa ke Kabinet untuk diperhalus segera berikutan peningkatan kegiatan penyeludupan e-waste dari luar ke negara ini yang menyumbang kepada pencemaran alam sekitar.
"Selain polis, kita juga sudah ada kerjasama dengan pihak kastam dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) tetapi situasi semasa menuntut kita mempertingkatkan lagi aspek penguatkuasaan bagi memastikan aktiviti pemprosesan sisa buangan itu dapat dikawal dan diatasi sebaik mungkin.
"Hal ini kerana sejak China mengetatkan kemasukan sisa barangan ke negara itu pada 2018, aktiviti terbabit banyak beralih ke negara kita, tidak terkecuali negara jiran terdekat kita," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan ke sebuah premis pemprosesan e-waste haram di Jalan Kebun di sini semalam.
Berhubung tinjauan ke premis terbabit, Nik Nazmi berkata ia dilakukan susulan pihaknya menerima aduan terdapat aktiviti pemprosesan e-waste yang menyebabkan berlakunya pencemaran bau dan udara yang mengganggu kesejahteraan penduduk di sekitar kawasan berkenaan.
Beliau berkata siasatan awal JAS pada 5 Jan lepas mendapati premis itu menjalankan aktiviti pulih guna buangan terjadual secara separa bagi buangan e-waste dan bateri terpakai yang melibatkan proses pengasingan dan peleraian.
Katanya, selain buangan pepejal, premis terbabit yang didapati beroperasi tanpa kelulusan daripada JAS dan pihak berkuasa tempatan itu juga menjadi tempat penstoran bagi sisa plastik dan skrap logam.
Sehubungan dengan itu, Nik Nazmi berkata premis berkenaan telah dikenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38 (1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974) bagi menghentikan sebarang aktiviti pulih guna buangan terjadual.
Pemilik premis juga turut diberikan Notis Arahan di bawah Seksyen 31 dan 37 AKAS 1974 untuk melupuskan buangan terjadual tebabit ke premis yang dilesenkan oleh JAS di bawah Seksyen 18(1), AKAS 1974, katanya.
Beliau berkata JAS sedang menyediakan kertas siasatan agar tindakan mahkamah dapat diambil terhadap premis berkenaan atas kesalahan tidak mempunyai lesen bagi menjalankan aktiviti itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 05 2024
Nik Nazmi (dua, kanan) mengadakan lawatan ke premis haram memproses e-waste di Jalan Kebun, Klang, 5 Apr 2024. Turut hadir Ketua Pengarah Alam Sekitar, Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaafar (tiga, kiri). --fotoBERNAMA
Piala Sumbangsih: Jangan ada provokasi - Polis
Polis ingatkan supaya jangan ada provokasi pada perlawanan Piala Sumbangsih antara JDT dan Selangor FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri Jumaat ini.
Tanggungjawab basmi rasuah bukan hanya di tangan kerajaan
Tanggungjawab perangi rasuah bukan hanya terletak di bahu kerajaan semata-mata.
Menurut pakar kriminologi, Datuk Shahul Hamid, sebaliknya, tanggungjawab itu merangkumi semua lapisan masyarakat untuk membasmi jenayah itu secara menyeluruh.
Menurut pakar kriminologi, Datuk Shahul Hamid, sebaliknya, tanggungjawab itu merangkumi semua lapisan masyarakat untuk membasmi jenayah itu secara menyeluruh.
Ketirisan RM277 bilion dalam lima tahun sangat menggemparkan – PM Anwar
Jumlah ketirisan sehingga mencecah RM277 bilion dalam tempoh lima tahun (2018 – 2023) seperti yang didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah angka yang menggemparkan, dan membuktikan gejala rasuah semakin membengkak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
[TERKINI] Kerajaan tegas tak benarkan mana-mana syarikat berdaftar di Israel berada di Malaysia – PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, dua syarikat yang dikatakan menyediakan senjata kepada Rejim Zionis itu – Lockheed System dan BAE Systems – tidak berdaftar di negara Israel seperti mana syarikat perkapalan ZIM.
Agong lawat Parlimen Singapura
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan melawat Parlimen Singapura bersempena dengan lawatan negara selama dua hari ke republik berkenaan.
NVIDIA dijangka lancar kad grafik GeForce RTX 5090 sahaja tahun ini
NVIDIA sedang memfokuskan pengeluaran kad grafik mereka untuk tujuan pembelajaran mesin dan kecerdasan terlebih dahulu dengan cip grafik NVIDIA Blackwell B200 mereka.
'BNM dijangka kekalkan kadar OPR'
Standard Chartered Global Research menjangka Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak berubah pada tiga peratus.
AWANI Ringkas: Kerajaan tidak benarkan syarikat Israel berada di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penyalahgunaan bahan psikoaktif baharu jadi cabaran global - Ayob Khan
Penyalahgunaan bahan psikoaktif baharu (NPS) yang semakin mudah diperoleh melalui internet, turut menimbulkan kebimbangan berikutan kesan serius terhadap pembangunan sosial dan ekonomi.
Hamil semasa musim haji... apa perancangan seterusnya? Ini saranan Tabung Haji
Risiko keguguran amat tinggi kerana di Tanah Suci, jemaah haji banyak berjalan dan berlaku pergerakan yang agresif.
NRES tingkat kerjasama dengan KDN bendung proses e-waste haram - Nik Nazmi
Perkara itu akan dibawa ke Kabinet untuk diperhalus segera berikutan peningkatan kegiatan penyeludupan e-waste dari luar ke negara ini.
Hanya 10 peratus rakyat Perak punyai kesedaran pengurusan e-waste
Perkara tersebut berkait rapat dengan budaya atau sikap masyarakat yang suka menyimpan peralatan elektrik atau elektronik yang lapuk.
JAS arah kontena bawa 'e-waste' haram dari Amerika Syarikat dihantar pulang
Arahan tersebut dikeluarkan selepas mendapati e-waste berkenaan dibawa masuk tanpa mendapat kelulusan JAS terlebih dahulu.
Pengendalian e-waste tanpa kaedah betul hasilkan keracunan
Pada penghujung tahun hadapan akan dilaksanakan dasar, perundangan serta sistem pengendalian e-waste yang lebih baik.