awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NVIDIA dijangka lancar kad grafik GeForce RTX 5090 sahaja tahun ini

Amanz
Amanz
07/05/2024
07:00 MYT
NVIDIA dijangka lancar kad grafik GeForce RTX 5090 sahaja tahun ini
NVIDIA hanya akan memperlihatkan satu model pada tahun ini, iaitu NVIDIA GeForce RTX 5090, yang dijangka menjadi model kad grafik gaming paling berkuasa dikeluarkan mereka setakat ini. -Amanz
NVIDIA dijangka akan memperlihatkan siri kad grafik baharu berdasarkan cip pemprosesan grafik Blackwell pada penghujung tahun ini, iaitu NVIDIA GeForce RTX 5000, yang akan terdiri daripada kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5090, GeForce RTX 5080 dan sebagainya.
Terkini, terdapat laporan yang mengatakan bahawa NVIDIA hanya akan memperlihatkan satu model pada tahun ini, iaitu NVIDIA GeForce RTX 5090, yang dijangka menjadi model kad grafik gaming paling berkuasa yang dikeluarkan mereka setakat ini.
Tidak seperti pelancaran kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4000 di mana NVIDIA memperlihatkan model RTX 4090 dan RTX 4080 bersama-sama, strategi NVIDIA kali ini nampaknya adalah untuk mengumumkan pelancaran kad grafik mereka satu persatu.
Ini mungkin kerana buat masa ini NVIDIA sedang memfokuskan pengeluaran kad grafik mereka untuk tujuan pembelajaran mesin dan kecerdasan terlebih dahulu dengan cip grafik NVIDIA Blackwell B200 mereka.
Kad-kad grafik lain seperti NVIDIA GeForce RTX 5080, GeForce RTX 4070 dan sebagainya dijangka akan diperlihatkan dan mula dijual bermula tahun hadapan yang juga akan memberi masa untuk pembangun kad grafik gaming untuk habis menjual stok kad grafik sedia ada mereka sebelum model baharu ini dilancarkan. -Amanz
Topic Berkaitan
#NVIDIA
#GeForce RTX 5090
#kad grafik gaming
#cip pemprosesan grafik Blackwell
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan