awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

N.Sembilan tiada perancangan anjur sambutan ambang tahun baharu 2025 - Aminuddin

Bernama
Bernama
16/12/2024
22:30 MYT
N.Sembilan tiada perancangan anjur sambutan ambang tahun baharu 2025 - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan tiada perancangan untuk menganjurkan sambutan ambang tahun baharu 2025, kata Menteri Besar Aminuddin. - Gambar fail Bernama
KUALA PILAH: Kerajaan Negeri Sembilan tiada perancangan untuk menganjurkan sambutan ambang tahun baharu 2025, kata Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.
Beliau berkata, ia bagi menghormati mangsa banjir di negara ini termasuk di Negeri Sembilan selain mengelakkan pembaziran serta sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin yang berterusan ditindas Israel.
“Bagaimanapun, terpulang kepada badan bukan kerajaan atau pihak swasta kerana kadang-kadang mereka adakan untuk menarik kehadiran pelancong atau tetamu mereka dengan ada sedikit bunga api, sambutan secara sederhana.
“Insya-Allah seperti biasa masing-masing di masjid dan surau boleh melakukan solat hajat dan bacaan Yasin," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir daerah Kuala Pilah, di sini, pada Isnin.
Dalam pada itu, Aminuddin yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Negeri Sembilan berkata, pemilihan parti itu dijangka diadakan sebelum Jun tahun depan iaitu mengikut peraturan yang ditetapkan Majlis Pimpinan Tertinggi.
Semalam, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan menggesa proses pemilihan parti itu dilaksanakan segera bagi membolehkan peralihan kepimpinan selaras dengan prinsip demokrasi yang dijunjung tinggi dengan barisan kepimpinan harus melibatkan gandingan baharu dan lama. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aminuddin Harun
#sambutan ambang tahun baharu
#Negeri Sembilan
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan