awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki dituduh cuba bunuh anak berusia tiga tahun
Laluan hijau tingkat kecekapan ketibaan penumpang di KLIA 1 - Loke
Bekas jaguh beregu negara Tan Yee Khan meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nurul Izzah lakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Penasihat Kerajaan Sementara Bangladesh

Bernama
Bernama
27/07/2025
22:30 MYT
Nurul Izzah lakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Penasihat Kerajaan Sementara Bangladesh
Nurul Izzah melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Penasihat Kerajaan Sementara Bangladesh Muhammad Yunus di Dhaka. - Foto Facebook/Nurul Izzah Anwar
NEW DELHI: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Penasihat Kerajaan Sementara Bangladesh Muhammad Yunus di Dhaka pada Ahad.
Dalam pertemuan itu, Yunus menyatakan hasrat Bangladesh untuk menyertai ASEAN dan memohon sokongan Malaysia.
"Kami mahu menjadi sebahagian daripada ASEAN dan kami perlukan sokongan Malaysia," kata beliau kepada Nurul Izzah, menurut laporan Bangladesh Sangbad Sangstha.
Bangladesh telah mengemukakan permohonan untuk menjadi rakan dialog sektoral ASEAN pada 2020.
Yunus turut mengalu-alukan pelaburan syarikat Malaysia dalam ekonomi Bangladesh yang sedang berkembang pesat.
"Asia sedang mengalami penuaan pesat, tetapi Bangladesh mempunyai ramai golongan muda. Separuh daripada penduduk kami berusia bawah 27 tahun. Binalah industri anda di sini dan eksport dari Bangladesh. Ia akan memberi manfaat kepada kedua-dua ekonomi," katanya.
Beliau turut memaklumkan kepada Nurul Izzah mengenai reformasi politik yang sedang dijalankan di Bangladesh susulan kebangkitan rakyat tahun lepas yang membawa kepada pengakhiran pemerintahan hampir 16 tahun oleh Sheikh Hasina.
Nurul Izzah sebelum itu berucap di Universiti Dhaka sempena persidangan memperingati ulang tahun pertama Revolusi Julai.
Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada Yunus dan semasa persidangan atas kehilangan nyawa dalam nahas jet pejuang di Sekolah Milestone, Dhaka baru-baru ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nurul Izzah Anwar
#Muhammad Yunus
#ASEAN
#Revolusi Julai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan