Anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan suaminya Raja Ahmad Shahir Iskandar Raja Salim mencapai persetujuan mengenai hak penjagaan bersama dua anak mereka.
Persetujuan secara prinsip itu direkodkan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Muhammad Fateh Saleh di dalam kamarnya di sini, Isnin.
Nurul Izzah yang diwakili peguam Nor Mawaddah Ramli dan suaminya, diwakili peguam Azmi Mohd Rais, menghadiri prosiding itu.
Ketika ditemui pemberita, Azmi berkata bagaimanapun persetujuan itu masih belum dijadikan perintah secara rasmi berikutan Hakim Amran Mat Zain sedang bercuti.
Azmi berkata terma-terma lain seperti tempat tinggal dan hak lawatan ke atas dua anak mereka itu akan diputuskan semula apabila kes itu disebut pada 15 Jan depan.
Pada 29 Okt lepas, pasangan itu masih cuba mencari penyelesaian terbaik bagi menyelesaikan isu hak penjagaan anak (hadanah) yang difailkan Nurul Izzah.
Naib Presiden PKR itu juga memfailkan permohonan hadanah itu pada 30 April lepas mengikut Seksyen 81 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.
Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir Iskandar berkahwin pada 9 Mei 2003 dan dikurniakan seorang anak perempuan berumur tujuh tahun dan seorang anak lelaki berusia empat tahun.
Sementara itu, Hakim Mahkamah Rendah Syariah juga menetapkan tarikh sama (15 Jan depan) untuk sebutan semula kes cerai pasangan itu berikutan Raja Ahmad Shahir Iskandar memohon untuk memfailkan semakan terhadap Laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang diperolehi sebelum ini.
Azmi berkata anak guamnya itu tidak mengemukakan cadangan nama 'Hakam' seperti diperintahkan sebelum ini kerana ingin memfailkan semakan laporan itu mengikut Seksyen 51 Akta Pentadbiran Undang-Undag Islam (Wilayah Persekutuan) 1993.
'Hakam' adalah jawatankuasa yang dilantik oleh mahkamah untuk menasihati suami melafazkan talak tetapi sekiranya suami masih enggan, maka 'Hakam' akan melafazkan talak bagi pihak suami.
Bernama
Mon Dec 08 2014
Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir Iskandar berkahwin pada 9 Mei 2003 dan dikurniakan seorang anak perempuan berumur tujuh tahun dan seorang anak lelaki berusia empat tahun. - Gambar fail
Dewan Negara luluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025
Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 selepas mendapat sokongan sebulat suara semua Ahli Dewan Negara.
AWANI Borneo [12/12/2024] – Dua sahabat dihanyut arus | Kerajaan perhalusi implikasi | Kapasiti 199 megawatt
AWANI Borneo Khamis, 12 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras selepas memancing.
Perbincangan pengagihan gas Petronas-Petros selesai - PM.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida.
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras selepas memancing.
Perbincangan pengagihan gas Petronas-Petros selesai - PM.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida.
TAGS laksana 25 pendengaran kes seluruh negara sejak Mac
Nancy turut menasihatkan mangsa keganasan dan gangguan seksual sama ada wanita mahupun lelaki agar tidak takut dan tampil untuk memfailkan aduan kepada TAGS.
'Control macho' punca mangsa lelaki enggan buat laporan polis
Datuk Seri Nancy Shukri berkata, berdasarkan rekod kementeriannya, lebih 1,000 aduan diterima daripada mangsa lelaki, namun rekod polis menunjukkan hanya kira-kira 100 daripadanya aduan dibuat mangsa.
Rizab tenaga Sarawak 53 peratus, Sabah 6.1 peratus
Kerajaan komited untuk memastikan bekalan tenaga negara mencukupi, berpandukan tiga prinsip utama iaitu keterjaminan bekalan tenaga, kelestarian dan kemampanan bekalan
Bantuan disalur menerusi Sarawak Pay, bukan tunai
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan melalui akaun Sarawak Pay sebagai langkah membantu golongan sasaran mendapatkan keperluan asas dengan lebih berkesan.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida
Majlis Tenaga Sabah (MTS) pada Khamis meluluskan penganugerahan projek solar berskala besar (LSS) kepada 15 pembida dengan jumlah kapasiti 199 megawatt di bawah proses pembidaan LSS Sabah 2024 dikendalikan suruhanjaya Tenaga Sabah
Pengagihan gas PETRONAS- Petros selesai - PM
Perbincangan mengenai pengagihan gas di Sarawak antara Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) telah selesai, dan pada masa ini kerajaan sedang memperhalusi butiran, parameter dan implikasi daripada langkah berkenaan.
MTDC perkukuh usaha pemerkasaan inovasi teknologi tempatan dengan pelancaran dana MySTI
DUB menyediakan pembiayaan sehingga RM100,000, manakala DMM menawarkan pembiayaan sehingga RM500,000.
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras ketika mandi
Mayat dua sahabat yang dihanyut arus deras ketika mandi selepas memancing di Pantai Lutong pada Khamis ditemui beberapa jam selepas mereka dilaporkan hilang.
Que Haidar dan Linda Jasmine sah bercerai
Mereka disahkan bercerai dengan talak satu pada 2 Julai lalu.
18 tahun bersama, Fazley Yaakob sah cerai
Menurut Fazley, keputusan untuk bercerai telah diambil atas persetujuan bersama.
'Saya masih sayangkan Fazura' - Fattah
Pelakon berusia 34 tahun itu berharap masalah rumah tangganya bersama Fazura dapat diselesaikan cara baik.
Sebutan kes permohonan cerai Fazura tangguh 7 Oktober
Penangguhan ini bagi memberi ruang perbincangan yang dicadangkan oleh pihak peguam Fattah.
‘Alhamdulillah, tenang’ - Fazura tiba di mahkamah
Fazura diiringi empat pengawal peribadi menaiki kenderaan MPV berwarna hitam manakala pengawal peribadi menaiki kenderaan Range Rover.
Aisyah Hijanah fail cerai terhadap Alif Teega
Aisyah Hijanah Azhari memfailkan tuntutan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur baru-baru ini.
"Hanya Mahkamah Syariah boleh menentusahkan lafaz cerai paksa" - Peguam
Hakim Mahkamah Syariah juga akan tentukan sama ada lafaz talak berkenaan merupakan Lafaz Soreh atau Lafaz Kinayah.
Jatuh talak satu, Nora Ariffin sah bercerai
Penyanyi Datuk Nora Ariffin, 51 diceraikan dengan talak satu oleh suaminya, Dr Rushdi Ramli pada Isnin.
Rumah tangga Gwen Stefani bergolak?
Selebriti berusia 54 tahun tersebut menjawab spekulasi yang bertebaran.
Isteri umum suami curang di papan iklan, netizen anggap gimik pemasaran
Tindakan sang isteri bernama Shin Yi itu bertujuan mahu menyampaikan pesanan kepada suami, Kevin Teoh Chee Sing dan menuntut perceraian.