GADGETS
NVIDIA tangguh pelancaran CPU kelas pengguna ke pertengahan 2026

NVIDIA merancang untuk memasuki pasaran CPU pengguna dengan cip N1 dan N1X, namun pelancarannya ditunda ke pertengahan 2026 akibat kecacatan fizikal pada cip tersebut. -Amanz
PADA pertengahan tahun ini, NVIDIA telah menyatakan hasrat mereka untuk memasuki pasaran CPU untuk komputer kelas pengguna dan juga pembangun teknologi menggunakan pengetahuan pembuat cip pemprosesan mereka sendiri.
Ringkasan AI
- NVIDIA merancang untuk memasuki pasaran CPU pengguna dengan cip N1 dan N1X, namun pelancarannya ditunda ke pertengahan 2026 akibat kecacatan fizikal pada cip tersebut.
- Isu perisian dan keperluan penggunaan silikon baharu turut menyumbang kepada penangguhan, walaupun cip tersebut sepatutnya diumumkan di acara Computex.
- Projek cip NVIDIA GB10 untuk superkomputer mini AI bersama MediaTek masih diteruskan dan dijangka dilancarkan awal 2026 melalui jenama komputer seperti Alienware, Acer, Lenovo dan Dell.
Ia dilihat cukup serius, sehingga dilaporkan pelancarannya perlu ditunda sehingga pertengahan 2026 kerana memerlukan kemas kini dari segi penggunaan silikon baharu.
NVIDIA sepatutnya memperkenalkan cip pemprosesan N1 dan N1X ini di acara Computex tempoh hari, tetapi pada waktu tersebut, isu dari segi perisian telah menyebabkan mereka menunda pengumuman berkenaan CPU tersebut.
CPU NVIDIA N1 dan N1X sepatutnya dilancarkan pada awal tahun 2026, bersama-sama dengan komputer yang dikuasakan oleh cip pemprosesan NVIDIA GB10 yang juga dibangunkan pada masa yang sama.
Bercakap mengenainya, cip NVIDIA GB10 yang dibangunkan di bawah Proejct DIGITS dengan kerjasama MediaTek yang akan menguasakan superkomputer mini untuk tujuan pembangunan teknologi AI masih lagi diteruskan, dan dijangka akan dilancarkan pada awal tahun hadapan, melalui jenama-jenama pembuat komputer yang dikatakan sebelum ini. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami