PUTRAJAYA: Penduduk Putrajaya menunjukkan trend yang melebihi kadar populasi nasional dari segi kadar obesiti, kurang melakukan aktiviti fizikal dan paras kolesterol tinggi dalam darah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.
Beliau berkata, statistik sama yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia turut mencatatkan kadar kemurungan dan kebimbangan (anxiety) adalah yang tertinggi dalam kalangan penduduk di Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Justeru katanya badan-badan sukan penting sebagai agen untuk membentuk masyarakat yang sihat dan aktif, selain berperanan sebagai pentadbir dan pendorong kepada prestasi atlet.
"Hal ini sebenarnya agak membimbangkan dan perlu ada intervensi daripada semua pihak termasuk peranan proaktif yang perlu dimainkan badan sukan yang kita ada ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Bantuan MADANI kepada Badan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi 2024, di sini, pada Selasa.
Menurutnya, badan sukan ini disarankan untuk menganjur dan menyokong program sukan yang dapat meningkatkan gaya hidup aktif dan penyakit tidak berjangkit bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat.
"Pihak kami akan cuba sedaya upaya menyediakan ruang dan fasiliti yang terbaik untuk pembangunan aspek sukan khususnya dalam usaha untuk mewujudkan bandar sihat," katanya.
Terdahulu, Dr Zaliha menyampaikan bantuan berkenaan kepada 86 badan sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya berjumlah RM282,000.
Beliau berkata, bantuan tersebut bagi kegunaan pentadbiran badan yang berdaftar dan bergiat aktif di Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Sementara itu, menjelang temasya Sukan Malaysia (SUKMA) di Kuching, Sarawak pada 17 hingga 24 Ogos ini, beliau berharap kontinjen Wilayah Persekutuan dapat memperbaiki pencapaian terdahulu.
"Saya mahukan semua badan sukan mempersiapkan atlet masing-masing untuk berada pada prestasi terbaik kerana hanya yang terbaik dan berpotensi untuk menghasilkan pingat sahaja akan dipilih untuk dihantar ke SUKMA di Sarawak nanti," katanya.
Dalam majlis sama, 47 pengurus pasukan dari Wilayah Persekutuan turut menerima watikah pelantikan ke SUKMA nanti. - BERNAMA
Bernama
Tue Mar 05 2024
Penduduk Putrajaya menunjukkan trend yang melebihi kadar populasi nasional dari segi kadar obesiti, kurang melakukan aktiviti fizikal dan paras kolesterol tinggi dalam darah. - Gambar hiasan
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
[TERKINI] Suspek sudah didakwa atas cubaan membunuh
Penembak itu bertindak bersendirian dan pernah mengambil bahagian dalam protes antikerajaan.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Wanita warga emas maut dilanggar kereta mengundur
Seorang wanita warga emas meninggal dunia dilanggar keretanya sendiri yang bergerak dalam keadaan mengundur, dipercayai akibat terlupa menarik brek tangan.
Perodua Masters: Hampir 300 pemain bakal berentap dalam edisi 2024
Biarpun pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 sudah berakhir, namun kejohanan itu tetap berjaya menarik penyertaan bintang dalam Top10 ranking dunia.
Sistem pendidikan harus di depan, terajui digitalisasi
Apa yang dibimbangi ketika ini ialah jika sistem pendidikan mampu bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan khususnya dalam teknologi digital.
Lebih 1,000 individu ditahan di Kelantan
Polis menahan sejumlah 1,488 individu atas pelbagai kesalahan dadah dalam Operasi Tapis Bersepadu di seluruh Kelantan bagi tempoh 29 April hingga 15 Mei.
Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Obesiti, kolesterol dan kurang aktiviti fizikal penduduk Putrajaya melebihi kadar nasional
Penduduk di Kuala Lumpur dan Putrajaya juga mencatatkan kadar kemurungan dan kebimbangan (anxiety) yang tertinggi.
Satu daripada lapan orang kini hidup dengan obesiti - WHO
Obesiti dalam kalangan orang dewasa telah meningkat lebih daripada dua kali ganda sejak 1990.
Kunci melawan obesiti mungkin pil bergetar dalam perut?
MENURUT kajian World Obesity Atlas 2023, sebanyak 41% rakyat Malaysia akan tergolong dalam kategori obes menjelang 2035.
Hampir 5.6 juta kanak-kanak Malaysia berdepan masalah malpemakanan
Kira-kira 5.6 juta kanak-kanak Malaysia melibatkan pelajar prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah rendah berdepan masalah malpemakanan.
Separuh penduduk dunia alami obesiti menjelang 2035
51 peratus daripada penduduk dunia atau lebih empat bilion orang akan mengalami obesiti dalam tempoh 12 tahun akan datang.
Inflasi makanan boleh dedahkan kanak-kanak kepada obesiti
Melihat kumpulan B40 sebagai paling terkesan, peningkatan harga makanan mungkin mendorong keluarga berjimat cermat dan mengorbankan kualiti.
Kelantan, Terengganu, Pahang dan Putrajaya catat masalah bantut tertinggi - Khairy
Malaysia berhadapan beban malpemakanan dalam kalangan kanak-kanak bawah 5 tahun serta peningkatan kadar obesiti dalam kalangan orang dewasa.
Penuaan usia populasi: Turut beri kesan pada penyakit obesiti, diabetes
Pada tahun 2030, rakyat Malaysia yang berusia 60 tahun ke atas akan jauh melebihi rakyat Malaysia yang berusia 15 tahun ke bawah.
Satu daripada dua dewasa hadapi masalah berat badan berlebihan
50.1 peratus rakyat Malaysia mencatatkan berat badan berlebihan dengan 19.7 peratus daripada mereka menghadapi masalah obesiti pada 2019.