awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ancam kenakan tarif 100 peratus terhadap Kanada jika Ottawa adakan perjanjian dengan China
Perak peruntuk RM1.8 juta bantu sekolah persendirian Cina
Indonesia tarik diri sebagai tuan rumah Kejohanan Badminton Remaja Dunia BWF 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kunci melawan obesiti mungkin pil bergetar dalam perut?

Amanz
Amanz
02/01/2024
09:15 MYT
Kunci melawan obesiti mungkin pil bergetar dalam perut?
VIBES akan bergetar sehingga 30 minit sebelum keluar daripada tubuh menerusi dubur selepas tiga hingga empat hari. - Gambar/ Amanz
MENURUT kajian World Obesity Atlas 2023, sebanyak 41% rakyat Malaysia akan tergolong dalam kategori obes menjelang 2035.
Bagaimanakah cara menentang obesiti yang turut menyebabkan penyakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan kanser? Jawapannya mungkin pil bergetar yang dibangunkan oleh Massachusetts Institute of Technology (MIT).
Penyelidik MIT menyedari perut manusia akan mengembang apabila diisi dengan makanan.
Pergerakan pada otot ini merangsang mekanoreseptor yang kemudiannya menghantar isyarat kepada otak untuk merembeskan hormon yang mengatakan perut sudahpun penuh.
Ini memberikan idea kepada penyelidik untuk merangsang mekanoreseptor bagi memberikan isyarat yang sama walaupun perut masih belum penuh.
Pil Vibrating Ingestible BioElectronic Stimulator (VIBES) dibangunkan dengan ia hanya bergetar apabila memasuki perut.
Dalam kajian ke atas khinzir dalam makmal, jumlah makanan yang diambil berkurangan 40% sekiranya ia diberikan VIBES sebelum mula makan. Kadar kenaikan berat badan khinzir juga lebih perlahan berbanding biasa.
VIBES akan bergetar sehingga 30 minit sebelum keluar daripada tubuh menerusi dubur selepas tiga hingga empat hari.
Penyelidik bagaimanapun menyedari pil VIBES buat masa ini masih terlalu mahal untuk dimakan setiap hari oleh itu sudah memikirkan versi yang boleh dimatikan menggunakan aplikasi dan boleh bertahan lebih lama di dalam perut. - Amanz
Topic Berkaitan
#obesiti
#ubat kurus
#pil bergetar
#teknologi kuruskan badan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan