awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syria lancar mata wang baharu pada 1 Jan - Gabenor Bank Pusat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ohio University kini menawarkan pengajian Bahasa Malaysia

Bernama
Bernama
12/11/2013
23:56 MYT
Ohio University kini menawarkan pengajian Bahasa Malaysia
Ohio University (OU) kini menawarkan pengajian Bahasa Malaysia buat pertama kali, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata 14 pelajar muda Amerika dan antarabangsa sedang mempelajari bahasa itu.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan, mengucapkan tahniah kepada Prof Dr Habibah Ashari, pemegang Kursi Tun Abdul Razak di universiti itu pada masa ini, kerana mengambil inisiatif mengadakan kursus itu dan Pusat Pengajian Antarabangsa OU kerana menyokong langkah itu.
"Kepada wanita dan lelaki muda saya ingin menyatakan, belajar satu bahasa baharu mungkin sukar tetapi ia akan memperkukuh kecerdikan anda.
"Kami berharap OU akan terus menawarkan Bahasa Malaysia kepada pelajarnya," katanya dalam ucaptama semasa melancarkan program Outreach Malaysia@Ohio University: Meraikan Lima Dekad Perkongsian Strategik di kampus OU di sini pada Selasa.
Sementara itu, Habibah berkata kursus bahasa yang diperkenalkan pada Ogos mendapat sambutan menggalakkan daripada pelajar OU berbanding beberapa kursus bahasa yang lain yang ditawarkan di universiti itu.
Katanya mempelajari satu-satu bahasa adalah cara yang baik untuk mengumpul lebih banyak maklumat mengenai sesebuah negara dan rakyatnya.
Topic Berkaitan
#Bahasa Malaysia
#Muhyiddin Yassin
#Ohio University
#Timbalan Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan