KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang juga orang kena tahan (OKT) meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Beluru, Marudi, Sarawak pada Isnin.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad berkata, OKT yang berusia 50 tahun itu ditahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan pada hari sama.
"Semasa dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Marudi, OKT mengadu sakit dada dan sukar bernafas. Lelaki itu segera dibawa ke klinik kesihatan untuk mendapatkan rawatan.
"OKT telah disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan klinik kesihatan berkenaan pada jam 10.30 malam," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Azri berkata, bedah siasat akan dijalankan di Hospital Miri pada Khamis untuk mengetahui punca kematian.
"Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan JIPS Bukit Aman akan menjalankan siasatan berkaitan kes tersebut," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Aug 02 2023
Azri berkata OKT telah disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan klinik kesihatan berkenaan pada jam 10.30 malam. - Foto Sinar Harian
Isu All Eyes on Rafah: 'Janganlah tutup periuk nasi saya' - Ning Baizura
Ning turut menegaskan dirinya antara selebriti yang aktif menyalurkan sumbangan untuk Gaza dan bersolidariti untuk Palestin.
Dua lelaki bawa parang ditahan cuba ceroboh Istana Negara
Dua lelaki warga tempatan ditahan kerana disyaki terlibat kes cubaan menceroboh Istana Negara, semalam.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 46 individu selesai diambil keterangan
Seramai 46 individu sudah diambil keterangan bagi membantu siasatan kes serangan Balai Polis Ulu Tiram, pada pagi Sabtu.
Raja Permaisuri Agong beri penghormatan terakhir kepada anggota polis terkorban
Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor bagi memberi penghormatan terakhir buat dua anggota polis yang terkorban.
4 nelayan Indonesia ditemui hanyut selepas bot karam dilanggar kapal kargo
Menurut Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob, seorang lagi mangsa masih hilang dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada Khamis itu.
Seorang maut, lapan cedera serangan udara Israel di Kem Pelarian Jenin
Seorang penduduk Palestin terbunuh manakala lapan lagi cedera dalam serangan udara Israel ke atas kem pelarian Jenin di Tebing Barat yang diduduki pada Jumaat.
Uzbekistan mahu kerjasama dengan JAKIM dalam piawaian halal
Uzbekistan menyuarakan hasrat untuk bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memastikan piawaian halal di negara itu mencapai ke tahap yang sama seperti dilaksanakan oleh JAKIM, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Gaza sudah 10 hari tidak terima bekalan perubatan
Tiada bekalan perubatan diterima di Semenanjung Gaza selama 10 hari ketika Israel meneruskan serangan ganas ke atas wilayah terkepung itu.
Perhilitan selamatkan gajah jatuh longkang
Perhilitan Perak berjaya menyelamatkan seekor gajah betina yang jatuh longkang di Batu 11, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tugu Peringatan JRTB di sini pada Jumaat.
Memerangi fahaman radikal & ancaman baharu pengganas
Untuk perincian berkenaan perkara ini kita bersama Penolong Profesor di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (ISTAC-IIUM), Dr Ahmad El Muhammady.
Kematian OKT dalam tahanan: Setiap kes disiasat secara teliti - PDRM
PDRM akan memajukan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi memastikan segala aspek siasatan dilengkapkan.
Sindiket menyamar polis, ugut dan tipu waris banduan tumpas
Kegiatan sindiket terbabit terbongkar selepas polis menerima laporan daripada seorang suri rumah yang mendakwa kerugian RM100,000 akibat diperdaya sindiket terbabit pada 23 Februari lalu.
OKT maut terjatuh dari tingkat lima mahkamah
Seorang orang kena tuduh (OKT) lelaki ditemui maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lima bangunan Mahkamah Sesyen dan Majistret Pulau Pinang pada Isnin.
Tahanan lolos : OKT berjaya diberkas semula di Batu Caves
Seorang OKT (orang kena tahan) yang berusia 34 tahun berjaya diberkas semula pihak polis selepas melarikan diri sejak 7 Disember lalu.