Seorang OKT (orang kena tahan) yang berusia 34 tahun berjaya diberkas semula pihak polis selepas melarikan diri sejak 7 Disember lalu ketika dibawa ke Paya Jaras, Sungai Buloh dalam usaha untuk mengesan seorang rakannya (penjenayah).
Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Mohd Yusoff Mamat berkata OKT berkenaan ditahan pada jam kira-kira pukul 1 pagi tadi, ketika bersembunyi di sebuah rumah di Kampung Seri Gombak Indah Batu Caves, Selangor.
“Dua individu yang membantu OKT melarikan diri turut ditahan dalam operasi semalam yang bermula 10 malam dan berakhir pada 5.30 pagi tadi di Kampung Paya Jaras, Sungai Buloh," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Sabtu.
Beliau berkata polis turut merampas beberapa kelengkapan yang digunakan OKT ketika melarikan diri termasuk dua motosikal, lima telefon bimbit dan pakaian.
Pada 7 Disember, seorang OKT yang masih dalam keadaan bergari dan berbaju lokap berwarna jingga melarikan diri ketika berada di bawah tahanan polis daerah Klang Utara dalam satu rancangan serbuan di Paya Jaras.
Kejadian pada jam kira-kira 8 malam itu berlaku apabila tahanan bersama empat anggota dan seorang pegawai polis dari Balai Polis Klang Utara dibawa ke Paya Jaras untuk mengesan rakannya.
Tahanan itu dipercayai terlibat dengan lebih 20 kes ragut dan samun sekitar Klang Utara, Sungai Buloh dan Damansara.
Mariah Ahmad
Sat Dec 12 2015
Menurut polis, OKT berkenaan (gambar) ditahan pada jam kira-kira pukul 1 pagi, ketika bersembunyi di sebuah rumah di Kampung Seri Gombak Indah Batu Caves, Selangor. - Foto Fail PDRM
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Pemalsuan cap sempadan: Empat lagi individu ditahan SPRM termasuk seorang pegawai Imigresen
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat lagi individu bagi membantu siasatan sindiket rasuah dalam Pemalsuan Cap Sempadan di pintu masuk antarabangsa negara.
Penjenayah cedera di kaki dan badan ditembak polis gara-gara cuba loloskan diri
Penjenayah cedera di kaki dan badan ditembak polis gara-gara cuba loloskan diri.