awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah Pahang RM8, RM14 dan RM21
Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama kewartawanan menerusi MMM-Dewan Pers - Teo
Polis rampas mercun, bunga api lebih RM3 juta di Kota Bharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Ombak gergasi' selubungi langit Kota Kinabalu

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
10/07/2018
08:02 MYT
'Ombak gergasi' selubungi langit Kota Kinabalu
Ini merupakan imej Fenomena Garisan Badai yang mula tular di media sosial sejak pagi tadi. - GF
Orang ramai dinasihatkan agar tidak panik dengan kemunculan 'ombak gergasi' yang dilihat mengejutkan ramai penduduk di beberapa daerah sekitar pantai barat negeri ini pagi tadi.
Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah Azemi Daud ketika dihubungi Astro AWANI hari ini berkata kemunculan awan yang berbentuk 'ombak gergasi' itu bersifat sementara dan akan menjadi lemah sebelum hilang dengan sendirinya.
Merujuk kepada beberapa foto yang tular di media sosial sejak awal pagi tadi, beliau berkata, ia adalah perkara biasa kesan Monsun Barat Daya dan fenomena itu turut dipanggil sebagai 'Fenomena Garisan Badai'.
Jelasnya, Garisan Badai itu membawa bersama angin kencang, hujan lebat dan ada kalanya ribut sebelum bertukar lemah atau hilang.
awan ombak besar
Antara imej yang tular di laman media sosial hari ini. - Sumber foto Pembaca Astro AWANI
Azemi dalam pada itu meminta penduduk setempat berhenti menyebarkan perkara tidak sahih atau bukan kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa.
Beberapa imej mula tular di laman media sosial selepas hujan lebat melanda Papar, Beaufort dan Sipitang pagi tadi.
Tambahnya, orang ramai boleh merujuk laman web Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) untuk sebarang keraguan seperti fenomena itu atau maklumat lanjut mengenai perubahan cuaca dari semasa ke semasa.
Topic Berkaitan
#awan ombak
#Azemi Daud
#Fenomena Garisan Badai
#ombak gergasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan