awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan mahu setiap kampung dibangunkan ke tahap terbaik
Cubaan seludup mata wang asing RM2.4 juta dalam bungkusan pakaian baharu gagal
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ong Ka Ting ditugas menyelaras hal operasi MAS di Beijing

Haider Yutim
Haider Yutim
11/03/2014
05:22 MYT
Ong Ka Ting ditugas menyelaras hal operasi MAS di Beijing
Duta Khas Perdana Menteri ke China, Tan Sri Ong Ka Ting. Foto BERNAMA
Duta Khas Perdana Menteri ke China, Tan Sri Ong Ka Ting telah ditugaskan untuk membantu dan menyelaras semua perkara berkaitan operasi dengan Penerbangan Malaysia (MAS) di Beijing.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya dalam sebuah kenyataan pada Selasa berkata, MAS akan memastikan segala keperluan asas, keselesaan dan sokongan mental diberikan kepada keluarga penumpang MH370 yang hilang sejak Sabtu.
"Kepada keluarga kru yang berada di atas MH370, kami turut merasakan kepedihan dan kebimbangan anda. Mereka adalah keluarga MAS dan kami sangat terkesan dengan peristiwa malang ini," katanya.
Kata beliau, MAS mempunyai tugas khas untuk menjaga keluarga penumpang-penumpang tersebut di mana ia turut dibantu oleh Mercy Malaysia dan Tzu Chi dari segi kaunseling dan psikologi.
Selain itu kata Ahmad Jauhari, pegawai-pegawai kerajaan China di Malaysia juga sedang bekerjasama rapat dengan MAS dengan menempatkan wakil kedutaan mereka di Pusat Operasi Kecemasan bagi membantu dalam hal-hal kecemasan.
MAS turut memberitahu akan sentiasa bersikap telus dalam berhubung dengan orang awam melalui media dalam apa jua perkara berkaitan pesawat Boeing 777-200 MH370 itu.
Usaha mengesan pesawat MH370 yang hilang sejak lebih 80 jam lalu diteruskan hari ini dengan operasi digerakkan di kawasan yang lebih luas meliputi 100 batu nautika daripada titik terakhir pesawat itu dikesan pada awal pagi Sabtu lalu.
Kawasan itu meliputi perairan di sebelah barat dan timur Semenanjung Malaysia mencecah sampai ke Vietnam dan utara Sumatera. Operasi disertai oleh 22 buah pesawat udara dan 44 buah kapal dari lapan buah negara.
Topic Berkaitan
#Ahmad Jauhari Yahya
#Boeing 777-200
#Malaysia Airlines
#MAS
#MH370
#ong ka ting
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan