Tujuh kanak-kanak berusia lima bulan dan enam tahun merupakan antara 352 warga asing yang diperiksa Jabatan Imigresen dalam operasi bersepadu bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), awal pagi ini.
Daripada jumlah itu, 155 ditahan kerana dipercayai melakukan pelbagai kesalahan imigresen, kata Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud.
Operasi bersepadu itu bermula pukul 1 dan berjalan hingga jam 4 pagi, tertumpu di sebuah penempatan rumah di kawasan Sungai Kayu Ara, Petaling Jaya.
Pecahan warga asing yang ditahan melibatkan 130 warga Indonesia, lapan dari Nepal, sembilan dari India, empat dari Myanmar dan empat dari Bangladesh.
Semakan awal mendapati, kesalahan yang dilakukan meliputi tiada dokumen sah, tinggal melebihi masa dan tidak bekerja dengan majikan asal dalam sektor yang sepatutnya.
Operasi bersepadu itu membabitkan 200 orang pegawai imigresen dan 9 pegawai JPN.
Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, Khairul Dzaimee berkata, visa pelancong dari wilayah Hubei di China tidak akan dilanjutkan kecuali kepada mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan tiket penerbangan.
Astro Awani
Fri Feb 07 2020

Kesalahan yang dilakukan warga asing tersebut meliputi tiada dokumen sah, tinggal melebihi masa dan tidak bekerja dengan majikan asal dalam sektor sepatutnya. - Astro AWANI

Tiada calon SPM di Kedah disahkan positif COVID-19
JKN Kedah bersama Kementerian Pendidikan sentiasa melakukan pemantauan berhubung pematuhan Prosedur Operasi Standard.

Vaksin: Kerajaan perlu laksana strategi mobilisasi komuniti
Strategi itu secara tidak langsung dapat memberi fokus kepada golongan yang masih ragu-ragu dan yang benar-benar mahukan vaksin.

MOTAC harap pendekatan baharu kawal COVID-19
Nancy berkata, industri pelancongan adalah berkait rapat dengan pergerakan orang ramai dari satu lokasi ke lokasi lain.

Peserta perniagaan kecil mahu kerajaan PN perkenal kembali moratorium menyeluruh
Muhyiddin dan kabinetnya menghadapi cabaran hebat untuk mengimbangi di antara kelangsungan hidup dan punca pendapatan rakyat.

Muhyiddin cekal tadbir negara menghadapi COVID-19
Tempoh setahun ini semestinya masa paling mencabar dalam kerjaya politik Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana mengambil alih pucuk kepimpinan ketika negara menghadapi pandemik COVID-19.

Pembukaan Sekolah | Kanak-kanak tahun 1 bersedia ke sekolah
Tanggal 1 Mac, kanak-kanak yang melangkah ke tahun satu akhirnya akan merasai suasana di sekolah rendah. Tinjauan Astro AWANI di sekitar bandar Tawau, Sabah mendapati, mereka sedikit sebanyak memahami SOP yang perlu dipatuhi ketika berada di kawasan sekolah.
![[TERKINI] Vaksin COVID-19 | Kerajaan bakal laksana skim kecederaan COVID-19 [TERKINI] Vaksin COVID-19 | Kerajaan bakal laksana skim kecederaan COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892942/40992816631614529767970_640x360.jpg)
[TERKINI] Vaksin COVID-19 | Kerajaan bakal laksana skim kecederaan COVID-19
Kerajaan akan mengumumkan pelaksanaan skim kecederaan akibat suntikan vaksin COVID-19 seperti yang sudah dilakukan beberapa negara lain. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, skim berkenaan akan memberi perlindungan kepada mereka yang mendapat kesan sampingan yang teruk selepas menerima suntikan vaksin.

Darurat | Darurat bukan untuk kekalkan jawatan PM
Perisytiharan darurat sama sekali tiada kaitan dengan politik atau untuk membolehkan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengekalkan jawatannya sebagai Perdana Menteri. Sebaliknya langkah itu bagi membolehkan isu COVID-19 diuruskan secara berkesan dan segera.

COVID-19 | Tiada calon SPM di Kedah positif COVID-19
Jabatan Kesihatan Negeri Kedah mengesahkan, tiada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada keseluruhan 29 ribu 936 calon di negeri itu didapati positif COVID-19 sepanjang minggu pertama peperiksaan berjalan sejak Isnin lalu. Bagaimanapun, pengarahnya Dr Fikri Ujang berkata, JKN Kedah bersama Kementerian Pendidikan akan terus melakukan pemantauan pematuhan SOP seperti saringan keatas calon-calon.

10 Berita Pilihan - (28 Februari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pekerja kilang maut tersepit mesin
Rakannya yang tidak menyedari kehadiran mangsa telah menekan suis lalu menghidupkan operasi mesin.

Berniaga dalam keadaan kotor, enam warga asing ditahan
Pegawai JIM mendapati, keadaan di kedai runcit itu terlalu kotor malah turut dijadikan tempat dijadikan penyembelihan ayam dan penyimpanan ayam hidup sebelum disembelih.

COVID-19: Singapura kesan kes pertama kebolehjangkitan semula
Kes membabitkan lelaki warga Bangladesh berusia 28 tahun yang mempunyai permit kerja yang tinggal di asrama, di 43 Tech Park Crescent.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 6 Februari 2021.

Rohingya di Bangladesh takut pulang ke Myanmar
Pelarian Rohingya yang terlibat perlu mengisi dan menandatangani borang bahawa mereka dengan rela hati mahu dihantar pulang.

COVID-19: Kes positif global lebih 104.2 juta, korban 2.26 juta
Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 449,000 kes.

Virus Nipah berpotensi jadi pandemik seterusnya - Laporan
Kadar kematian akibat wabak Nipah diramal sehingga 75 peratus.

COVID-19: Top Glove disaran beri suntikan vaksin kepada semua pekerja
Top Glove disaran beri suntikan vaksin Covid-19 kepada semua pekerja

Top Glove sedia labur RM165 juta bina, beli kediaman pekerja baharu
Ketua Kawalan Kewangan Top Glove, Melissa Cheoh berkata pelaburan tersebut akan disediakan untuk membeli dan membina infrastruktur di Banting dan Klang yang akan menampung 10,000 pekerja.

COVID-19: AHF tangguh dua kejohanan utama Asia
Badan sukan hoki Asia itu memutuskan untuk menangguhkan kedua-dua kejohanan terbabit sehingga separuh kedua tahun ini demi kepentingan keselamatan dan kesejahteraan semua peserta.