awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Hazard: PGA Sarawak rampas e-waste bernilai lebih RM14 juta

Bernama
Bernama
18/03/2025
15:45 MYT
Op Hazard: PGA Sarawak rampas e-waste bernilai lebih RM14 juta
Che Ghazali berkata pasukan serbuan turut menahan sembilan individu termasuk masing-masing seorang wanita tempatan dan lelaki warga asing berumur antara 26 hingga 55 tahun. - Gambar PGA
KUCHING: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak merampas sisa elektronik (e-waste) bernilai lebih RM14.69 juta dalam tiga serbuan di sekitar bandar raya ini menerusi Op Hazard Sarawak, semalam.
Komander PGA Briged Sarawak SAC Dr Che Ghazali Che Awang berkata serbuan di premis disyaki beroperasi tanpa permit atau lesen antara 10 pagi hingga 4 petang itu, turut melibatkan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Beliau berkata pasukan serbuan turut menahan sembilan individu termasuk masing-masing seorang wanita tempatan dan lelaki warga asing berumur antara 26 hingga 55 tahun.
"Pemeriksaan lanjut menemukan sejumlah 525.45 tan komponen e-waste belum diproses bernilai RM14.69 juta, tiga kenderaan berat (RM2.4 juta), lima mesin dan peralatan pelbagai jenis (RM3.02 juta) serta rampasan lain bernilai RM1.5 juta," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Anggaran nilai keseluruhan rampasan lebih RM21.61 juta.
Kesemua rampasan diserahkan kepada JAS dan PBT untuk siasatan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, serta Undang-Undang Kecil dan Kaedah-Kaedah Majlis Perbandaran Padawan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Alam Sekitar
#warga asing
#e-waste
#Op Hazard
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan