KUALA LUMPUR: Sebanyak 9,427 notis saman dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan setakat semalam menerusi Operasi Hormat Undang-undang Jalan Raya Polis Kuala Lumpur yang dilaksanakan bermula Selasa.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Sarifudin Mohd Salleh berkata dalam operasi sama sebanyak 25 individu ditahan manakala dua kenderaan disita.
"Kesalahan dilakukan antaranya berhenti di petak kuning, tiada lesen memandu dan ubah suai struktur atau peralatan kenderaan, nombor plat tidak mematuhi spesifikasi, tiada cermin sisi serta lampu brek tidak berfungsi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Operasi terbabit melibatkan kekuatan lebih 1,500 pegawai dan anggota polis serta agensi penguatkuasaan lain seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Pengangkutan Jalan.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa sebelum ini mengumumkan Operasi Hormat Undang-Undang Jalan Raya Polis Kuala Lumpur akan dilancarkan bermula Selasa (4 Jun) hingga 15 Jun ini bertujuan meningkatkan keselamatan jalan raya dan menguatkuasakan peraturan lalu lintas di bandar raya ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 07 2024
Operasi terbabit melibatkan kekuatan lebih 1,500 pegawai dan anggota polis serta agensi penguatkuasaan lain seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Pengangkutan Jalan. -Gambar fail/Bernama
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Polis tangkap 11 individu, keluar 5,953 saman
Antara kesalahan yang dikenakan tindakan ialah meletakkan kenderaan di laluan pejalan kaki atau di garisan putih.
Operasi Hormat Undang-Undang Jalan Raya Fasa 2 di KL bermula Jumaat ini - Polis
Polis Kuala Lumpur akan melaksanakan Operasi Hormat Undang-Undang Jalan Raya Fasa 2 pada waktu puncak melibatkan 16 lokasi di sekitar ibu negara selama dua minggu bermula Jumaat ini.