Cubaan enam warga Filipina untuk menggunakan kad pengenalan palsu bagi mendapatkan kerja gagal apabila ditahan dalam satu operasi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sebuah kawasan perindustrian di sini pada Khamis.
Dalam operasi yang dikenali sebagai Operasi Semak Kad Pengenalan atau Op ID itu, kesemua mereka turut mengakui kononnya merupakan warga tempatan dari Sabah dan berumur dalam lingkungan 23 hingga 40 tahun.
Mereka ditahan dalam operasi bersepadu sepasukan 65 pegawai dan anggota daripada Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya dan JPN negeri dengan kerjasama daripada Jabatan Imigresen Negeri Perak.
Ketua Pengarah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Ibu Pejabat JPN Putrajaya, Mohamad Yusri Hashim berkata keenam-enam lelaki tersebut dipercayai menggunakan taktik tersebut untuk memperoleh kebenaran bekerja di sekitar kawasan itu.
"Tiga daripadanya menggunakan kad pengenalan tulen namun mereka bukanlah pemilik asal kad berkenaan, dan selebihnya adalah palsu berdasarkan ketiadaan data mereka di dalam sistem pengesahan identiti di JPN.
"Pihak kami percaya bahawa mereka mendapat kad pengenalan itu sama ada melalui sindiket atau mencuri malah disyaki membeli dokumen identiti itu,"katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas operasi yang bermula seawal 6 pagi itu berakhir.
Katanya, sekeping kad pengenalan yang dipercayai dijual melalui sindiket atau dalam pasaran gelap boleh mencecah sehingga ratusan ribu ringgit.
Menurut beliau, operasi tersebut dijalankan hasil risikan dan aduan pihak awam yang mendakwa kebanjiran warga asing di daerah ini dan menyebabkan kehilangan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
Katanya, daerah Manjung antara lokasi yang mencatatkan penyalahgunaan dokumen pengenalan diri tertinggi di seluruh Semenanjung Malaysia dan didaftarkan sebagai "blackspot" atau kawasan hitam.
"Justeru,saya ingin menasihatkan kesemua pengusaha kilang dan pemilik perindustrian agar menggunakan penapisan terperinci dengan merujuk kepada pihak kami dan pihak berkenaan dalam mengesahkan ketulinan dokumen pengenalan diri khususnya warga asing.
"Hal ini amat penting kerana individu tidak bertanggungjawab boleh menyalahgunakan kad pengenalan untuk pelbagai jenis urusan di seluruh Malaysia termasuklah aspek keselamatan," tegasnya
Kesemua yang ditahan akan dihantar ke pihak penguatkuasaan JPN Perak bagi siasatan lanjut dan akan disiasat di bawah Akta Pendaftaran Negara 1990.
Dalam operasi itu, Jabatan Imigresen Negeri Perak turut berjaya menahan 13 warga asing membabitkan kesalahan di bawah 6(1)(c) Akta Imigresen 1969.
Nazialita Geynna Maharan
Thu Mar 31 2016
Kesemua yang ditahan akan dihantar ke pihak penguatkuasaan JPN Perak bagi siasatan lanjut dan akan disiasat di bawah Akta Pendaftaran Negara 1990. - Foto Astro AWANI
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
KDN cadang guna kod QR di pintu masuk negara percepat proses imigresen
KDN dalam pertimbangan untuk menggunakan kod QR yang mengandungi maklumat peribadi dan butiran perjalanan pengembara bagi mempercepat proses pemeriksaan kaunter imigresen.
18 pegawai Imigresen KLIA dibuang kerja
Seramai 18 pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang terlibat dalam isu integriti dikenakan tindakan buang kerja sejak 2021.
145 pendatang tanpa izin ditahan dalam operasi Imigresen di Ranau
Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah hari ini menahan sejumlah 145 pendatang tanpa izin dalam operasi di Kampung Lutut di sini.
11 warga Korea Selatan ditahan di pusat hiburan tanpa lesen
Premis ini dipercayai menawarkan perkhidmatan pelayan wanita dengan bayaran antara RM300 hingga RM500 untuk tempoh tiga jam.
Imigresen tunggu laporan penuh siasatan EAIC untuk tindakan lanjut
JIM menunggu laporan penuh EAIC berhubung siasatan terhadap tahanan etnik Rohingya yang meloloskan diri daripada DISB.
Counter setting: 47 sindiket tumpas, 25,214 pengembara dikenakan NTL - Saifuddin Nasution
JIM juga memperketatkan pemeriksaan di kaunter pintu masuk ke negara dalam usaha membanteras kegiatan menyeludup warga asing ke Malaysia.
Pemilik restoran nasi kandar warga Bangladesh mengaku beri suapan RM10,000
Tertuduh, Rezaul Shajahan Ali, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan pilihan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim.
Imigresen tumpas sindiket pengemis jalanan OKU, tahan empat lelaki China
Jabatan Imigresen (JIM) menumpaskan sindiket pengemis jalanan Orang Kurang Upaya (OKU) dengan penahanan empat warga China menerusi Op Serkap di sini pada Isnin dan semalam.
Lebih 23,000 rakyat Malaysia ke Thailand melalui pintu sempadan negara di Perlis
ICQS Padang Besar mencatatkan sejumlah 16,491 orang manakala 7,399 lagi keluar melalui ICQS Wang Kelian.
Imigresen lanjut waktu operasi pejabat pada musim cuti sekolah
Langkah diambil sebagai usaha mengatasi kesesakan pelanggan yang datang memohon atau membaharui pasport sempena musim cuti sekolah.