PETALING JAYA: Sebanyak 382 pegawai dan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor ditugaskan untuk memantau dan menguatkuasakan peraturan jalan raya dalam Op Khas sempena Hari Raya Aidilfitri bermula 1 hingga 20 April ini.
Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, operasi berkenaan dilancarkan bertujuan memantau kelancaran pergerakan perjalanan pengguna jalan raya selain memastikan operasi perkhidmatan pengangkutan awam berjalan lancar serta selamat.
Beliau berkata, dalam operasi itu juga pihaknya akan memperbanyakkan rondaan dan pemantauan di jalan-jalan utama dan lokasi berisiko berlaku kemalangan.
"Penguatkuasaan yang tegas akan dijalankan bagi sembilan kesalahan utama antaranya melibatkan memandu melebihi had laju, tidak patuh lampu isyarat merah, menggunakan telefon bimbit ketika memandu, memotong barisan dan memandu di lorong kecemasan.
"Dalam op ini anggota kami juga akan membuat pemeriksaan teknikal terhadap bas-bas di depoh bagi memastikan aspek keselamatan diutamakan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sekatan jalan raya sempena operasi berkenaan di Plaza Tol PJS 2 Lebuhraya Baru Pantai, di sini, malam tadi.
Mengenai sekatan jalan raya yang berakhir tengah malam tadi, Azrin berkata, sebanyak 497 motosikal diperiksa dan 340 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan, manakala tujuh notis larangan penggunaan kenderaan serta lapan notis arah pemeriksaan kenderaan dikeluarkan manakala 40 motosikal disita.
"Antara kesalahan dikesan ialah tiada lesen memandu, lesen memandu tamat tempoh, lesen kenderaan motor tamat tempoh dan tiada insurans kenderaan," katanya.
Beliau berkata, pihaknya turut menjalankan advokasi penggunaan topi keledar dengan pemberian 15 topi keledar kepada penunggang dan pembonceng motosikal menggunakan topi keledar yang telah rosak dan tidak mengikut spesifikasi dalam sekatan jalan raya bermula 9 malam itu. - BERNAMA
Bernama
Thu Apr 04 2024
Sebanyak 382 pegawai dan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor ditugaskan untuk memantau dan menguatkuasakan peraturan jalan raya dalam Op Khas sempena Hari Raya Aidilfitri bermula 1 hingga 20 April ini. - Gambar fail
Bekerja sambil lewa mengkhianati amanah - Mufti P. Pinang
Jika seseorang pegawai atau pekerja tidak bersungguh-sungguh menunaikan pekerjaannya atau bekerja sekadar "melepaskan batuk di tangga" sahaja maka dia dikira mengkhianati amanah.
Faisal Halim semakin stabil
Faisal selesai jalani pembedahan kedua yang berlangsung selama tiga jam petang semalam.
PM doakan Faisal Halim segera sembuh
Perdana Menteri titip doa agar Faisal dikurniakan afiyah sesegera mungkin dan kembali meneruskan perjuangannya dalam sukan bola sepak.
Tanam padi guna sistem air bawah tanah akan dilaksana atasi kesan kemarau
Kerajaan akan melaksanakan kaedah tanaman padi menggunakan sistem air bawah tanah sebagai persediaan menghadapi cuaca panas yang dijangka lebih buruk tahun hadapan.
Kempen 'RevUp and Register' perkasa penggunaan domain .my
MYNIC, melancarkan kempen 'RevUp and Register' bagi memperkasa pertumbuhan salah satu aset digital negara iaitu nama domain .MY.
59 projek pacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson - MB
Sebanyak 59 projek dicadang dilaksanakan bagi memacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson sekali gus menjadikan ia sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.
Media arus perdana perlu tingkat kualiti, bersaing dengan wartawan segera
Peningkatan kualiti mustahak bagi memastikan media arus perdana terus menjadi sumber rujukan utama rakyat melibatkan pelbagai isu semasa.
DSA : Simulator pesawat TUDM beri peluang pengunjung kendali pesawat pejuang
Simulator penerbangan FITs dibangunkan TUDM, memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman mengendalikan pesawat pejuang.
Panggung Bangsawan Melaka platform perkasa seni, budaya tempatan - Ab Rauf
Panggung Bangsawan Melaka akan menjadi platform pemerkasaan industri seni dan budaya tempatan warisan kaum berbilang bangsa di negara ini.
Petani Kedah disaran tanam harumanis ekoran permintaan tinggi
Petani di Kedah disaran mengambil peluang mengusahakan tanaman mangga harumanis berikutan permintaan terhadap buah itu yang dinamakan sebagai Harumanis D'Aman sudah mula meraih perhatian.
Op Khas Aidilfitri: 382 pegawai, anggota JPJ Selangor bertugas
Op Khas sempena Hari Raya Aidilfitri bermula 1 hingga 20 April ini bertujuan memantau kelancaran pergerakan perjalanan pengguna jalan raya.